flux deposit | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk flux deposit dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah deposit ialah deposit. Padanan bahasa Melayu untuk flux ialah fluks. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah deposit fluks. | Istilah | 02.03.2012 |
Security Deposit | Deposit Keselamatan | Lain-lain | 11.07.2008 |
Apakah terjemahan 'cash deposit machine' dalam bahasa Melayu? | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: cash deposit machine - mesin deposit tunai Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.07.2021 |
Assalamu'laikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "security deposit" yang dibayar apabila kita membeli aset tertentu seperti kereta dan rumah? Adakah "deposit jaminan" merupakan terjemahan yang tepat? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Padanan bahasa Melayu yang diberikan untuk “security deposit” boleh diterima. Namun begitu, perkataan lain seperti wang muka, wang pendahuluan dan wang cengkeram boleh juga digunakan untuk maksud “security deposit”. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 11.07.2018 |
1. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki unit rumah PPR akibat kerosakan; Atau 2. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki rumah ppr akibat kerosakan. | Ayat yang lebih tepat ialah “Penyewa telah membayar deposit rumah PPR, tetapi belum memasuki rumah berkenaan disebabkan terdapat kerosakan.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |
Saya ingin mengesahkan penggunaan pekataan yang betul bagi kemuskilan di bawah 1. Penggunaan perkataan sasaran dan menyasar, contoh PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit atau PNB menyasarkan mengumpul RM10 juta 2. Perbezaan makna Baru dan Baharu... Contoh Saya balik kampung baru-baru ini Saya membeli kereta baharu | Sdri zaharah, Frasa yang betul ialah: PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit. Hal ini demikian, kerana makna kata Sasaran ialah hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; . Manakala ayat ( No.2) yang sdri kemukakan seperti di atas, iaitu penggunaan kata baru-baru dan baharu. Jika diteliti ayat tersebut, kata baru-baru menunjukkan masa perjalanan balik ke kampong, manakala kata baharu atau baru menunjukkan bahawa dia membeli kereta yang baharu/baru bukan yang lama. | Tatabahasa | 27.03.2009 |
Salam, Saya ingin mengemukakan pertanyaan mengenai penulisan RM XX dalam menulis laporan. contoh. Deposit premis tersebut adalah sebanyak RM500. adakah RM 500 ini ditulis dengan jarak dekat (RM500) atau dengan jarak jauh (RM 500). Terima kasih atas maklium balas anda. Wasalam. | Cara menulis RM500 adalah dekat tanpa jarak. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "stakeholder" dalam konteks Perjanjian Jualbeli tanah. Dalam konteks ini "stakeholder" memegang deposit yang dibayar oleh Pembeli sementara baki bayaran belian dijelaskan kepada Penjual. | Terjemahan bagi "stakeholder" tersebut ialah pemegang amanah. | Makna | 02.05.2014 |
Siti Rahimah SAT 3:31PM Aslmlkm...saya nak tanya..saya dah buat pembelian buku DBP secara atas talian..saya pilih bank deposit..lepas saya sudah bankin..perlu ke saya email slip bank atau x payah? Harap pihak en dapat balas..sbb saya memerlukan sangat buku tu secepat mungkin..saya xnak buku tu x sampai pada saya.. Harap pihak en faham.. | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 16.07.2016 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "FRNID and FRINI refers to Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits and Floating Rate Islamic Negotiable Instruments respectively that are regulated under Bank Negara Malaysia" sebagai "FRNID dan FRINI merujuk kepada Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung dan Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung masing-masing yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 'Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits (FRNID)' ialah Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) manakala 'Floating Rate Islamic Negotiable Instrument (FRINI)' ialah Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung (FRINI) | Makna | 04.10.2021 |