Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deraf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila telitikan deraf iklan papantanda seperti ini:- FARMASI TAUTAN BAROKAH (KC0025405)Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain03.08.2016
Assalam, saya nak tanya, apakah perkataan yang betul untuk Draf ataupun deraf? Dan kalau draf merupakan perkataan yang betul, kenapa terdapat syarikat penerbitan akhbar yang masih menggunakan perkataan deraf? Adakah ia melibatkan laras bahasa yang digunakan?1. Ejaan yang betul ialah "draf". 
2. Syarikat yang menggunakan ejaan "deraf" mungkin telah terbiasa dengan ejaan lama kata tersebut.
3. Tiada laras bahasa yang terkait.
Ejaan21.11.2024
Mohon membuat semakan Deraf Pelan Starategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Pihak kami akan menyediakan sebut harga.

Lain-lain22.04.2025
Apakah kesilapan dalam permohonan deraf iklan syarikat TAUTAN BARAKAH ENTERPRISE ?Sila kembali ke portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lihat ulasan. Sila buat pembetulan berdasarkan ulasan dalam permohonan dan kemukakan semula iklan yang telah dikemas kini.Lain-lain17.12.2015
Bantu saya mengenalpasti ejaan yang betul bagi perkataan deraf ataupun draftEjaannya yang betul ialah draf.Ejaan10.07.2008
Assalamualaikum Tetuan, Pohon perhatian dan tindakan untuk membantu saya menyemak deraf manuskrip di laman http://aapw05.dbp.gov.my/login_penulis.asp dan/atau http://aapw05.dbp.gov.my/login_penulis.htm . Harap maklum. Terima kasih. Wasalam.Waalaikumussalam. Laman yang tuan berikan itu tidak boleh kami buka.  Mohon hubungi pegawai kanan Bahagian Penerbitan Buku Umum untuk mendapatkan bantuan: Puan Norazian Ahmad (03 21479428).  Terima kasih.Lain-lain05.12.2014
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan.
2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi.
3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.
Tatabahasa01.04.2014
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini: Prosedur atau Prosidur?? beserta atau berserta?? Draf atau Deraf??Ejaan yang betul ialah prosedur, berserta dan draf.Ejaan06.12.2011
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
Tuan/Puan, Di sini saya ingin bertanyakan, apakah pihak tuan/puan boleh membantu agensi untuk membuat semakan penggunaan bahasa dalam deraf dasar negara yang sedang disediakan agar bahasa yang digunakan dalam dokumen dasar adalah tepat? Sekiranya ada, berapakah cas perkhidmatan yang dikenakan? Sekian, terima kasih.Sila kemukakan pertanyaan tuan kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi beliau, Encik M. Azahari bin Edin melalui talian 03-21479111/azahari@dbp.gov.my.Lain-lain10.11.2016
12

Kembali ke atas