Penggunaan Perkataan "deras" adakah sesuai/betul untuk "pandangan yang deras"dan "deras berpidato" | Kami berpandangan penggunaan perkataan deras untuk contoh yang diberikan tidak sesuai. | Tatabahasa | 27.08.2014 |
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya? | Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza. | Tatabahasa | 05.02.2008 |
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada ayat ini betul atau tidak. Kanak-kanak itu hanyut dibawa arus laju. maksudnya laju di sini samkah maksudnya dengan deras. Jika ayat tersebut ditanya dalam peperiksaan bagi kata banyak makna, adakah ayat itu betul. Dalam Kamus DBP edisi keempat ms 340 kata kederasan digunapakai bagi ayat Lori itu dipandunya dengan kederasan 60km sejam. Jadi kederasan boleh diganti dengan kelajuan maka kata deras = laju. Saya ingin mendapatkan penjelasan tuan. tq | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan gerakan air atau udara, digunakan perkataan deras. Contoh : ~ deras air sungai. Untuk maksud kederasan, diguna dalam konteks kadar pergerakan dalam dlm sesuatu jangka waktu, kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Apakah perbezaan antara pantas, cepat, ligat, cepat dan deras? Terima kasih | Perkataan cepat, laju dan pantas membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan adakalanya terdapat perbezaan penggunaan. Sila perhatikan contoh ayat tersebut; a. Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. b. Ali memandu kereta dengan laju. c. Rumah itu hanyut kerana arus yang deras. d. "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. e. Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai? | Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencang | Tatabahasa | 05.07.2013 |
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul? | Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.07.2010 |
Salam, apakah perbezaan antara 'pancutan air' dengan 'pancuran air'? Bolehkah tuan/puan berikan penerangan yang lebih jelas? Terima kasih. | Pancut dan pancur, kedua-duanya bermaksud air yang keluar, namun perbezaan yang dapat dilihat ialah pancut menerangkan air yang keluar dengan deras kerana tekanan. Maka, frasa "pancutan air" dan "pancuran air" mesti melihat kepada konsep sebenar yang dimaksudkan. | Tatabahasa | 14.07.2014 |
Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'laju' bagi ayat sperti Budak itu hanyut dibawa oleh arus laju. Bolehkah perkataan laju digunakan untuk arus? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan gerakan air atau udara, perkataan yang sesuai ialah deras. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Assalamualaikum. Jawapan yang diberi oleh panel DBP bertarikh 18.07.2018 saya rujuk. [Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga]. Soalan saya, dalam bahasa Melayu, "dalam" hanya ada 3 fungsi setakat ini, iaitu sebagai: 1. Kata adjektif Contoh; Air sungai itu dalam dan deras. 2. Kata sendi nama Contoh; Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. (selepas "dalam" KN) 3. Kata arah Contoh; Baju itu ada di dalam almari. Setakat ini, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir belum lagi memasukkan "dalam' sebagai kata hubung keterangan. Oleh hal yang demikian, jawapan yang diberikan oleh DBP [dalam menjalankan urusan rumah tangga] itu mengikut rumus apa? Saya memerhatikan bahawa ramai pengguna bahasa Melayu sekarang ini cenderung menggunakan "dalam" selepasnya kata kerja. Adakah ayat itu gramatis? atau pengguna bahasa perlu menambah kata "usaha" seperti dalam usaha menjalankan urusan rumah tangga. Mungkin boleh juga digantikan dengan tatkala atau ketika. Sekian, harap maklum | Kami bersetuju dengan pandangan tuan, kata "dalam" hanya berfungsi sebagai kata sendi nama, kata adjektif dan kata arah. Oleh itu, ayat yang betul ialah "... dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk menjalankan urusan rumah tangga." Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dalam jawapan kami sebelum ini. | Tatabahasa | 18.04.2019 |
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |