Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ring] | دريڠ

Definisi : 1. bunyi spt bunyi giring-giring (loceng kecil, loceng basikal, telefon, dll): ~ telefon rumah orang sebelah jelas terdengar dr rumah saya; 2. bunyi yg nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): apabila aku terjaga, malam sudah sunyi senyap, hanya ~ ceng­kerik sahaja yg kedengaran; berdering, berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~; deringan bunyi berdering: ~ loceng basikal yg menjemukan semakin berkurang bila hari meningkat petang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ring] | دريڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), medang buaya (kelarah, mantu), Cryptocarya griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ring] | دريڠ

Definisi : = deringan bunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia terjaga apabila mendengar ~ jam. berdering berbunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia tersentak drpd lamunannya apabila telefon ~. mendering mengeluarkan bunyi spt bunyi loceng, telefon dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dering

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring. Betulkah perkataan berdering dan perkataan nyaring yang digunakan di dalam ayat tersebut?Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.

Berdering ialah sesuatu yang mengeluarkan bunyi berdering-dering atau mendering seperti bunyi loceng, telefon, giring-giring dan lain-lain,  manakala nyaring sesuatu bunyi yang kuat dan nyata yang merujuk keadaan atau hal nyaring. Oleh Itu,  ayat jam loceng  yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring  betul.

Makna16.05.2020

Kembali ke atas