"waterfront" adakah sesuai digunakan kawasan dermaga sekiranya ia berunsur kawasan peranginan dan tempat release tension | Dalam pangkalan data kami terdapat contoh penggunaan waterfront city yang diterjemahkan kepada bandar persisiran, bermaksud padanan waterfront ialah persisiran. | Istilah | 30.05.2011 |
Assalamualaikum, saya nak tanya apakah istilah Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan 'contact pier'? Ia adalah satu struktur yang terdapat di lapangan terbang utama. | Tidak ada padanan contact pier dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan contact pier diterjemahkan kepada dermaga sambung atau dermaga temuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2016 |
saya ingin minta bantuan terjemahan "waterfront" dalam bahasa Melayu..Terima kasih | Padanan bagi kata "waterfront" dalam bahasa Melayu ialah tepian air atau kawasan dermaga. | Istilah | 30.05.2011 |
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih. | 1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur". 2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?" 3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan. 4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan. 5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan. 6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu." 7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang." Perkataan "menepi ke" mengelirukan. 8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif. | Tatabahasa | 26.11.2014 |