Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ru] | درو

Definisi : bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut, guruh, dll): ~ desau ombak meng­hempaskan diri pd batu karang terdengar dgn jelas; berderu, menderu, menderu-deru 1. ber­bunyi spt bunyi angin bertiup (ribut, guruh, dll): tidak lama kemudian menderulah ke­reta api tiba; 2. berduyun-duyun (datang, pergi, dsb): menderu-deru orang ramai keluar menonton pertunjukan itu; deruan deru: bunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ru] | درو

Definisi : = deruan bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut dll): Dr jauh kedengaran ~ ombak memukul pantai. berderu berbunyi spt bunyi angin bertiup (ribut dll): Tidak lama kemudian, ~lah angin ribut dr arah laut. menderu mengeluarkan bunyi deru: Apabila angin mula ~, segala burung menjadi haru-biru. penderu loceng elektrik yg tidak mempunyai tukul atau gong tetapi berbunyi disebabkan oleh getaran angker yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ?

Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:

  1. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen Lim Swee Tin Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2000
  2. Karya nan indah: panduan penulisan kreatif Faisal Tehrani Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 200
  3. Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja Talib Samat Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ] 
  4. Penulisan kreatif: teori, pengalaman dan cabaran Othman Puteh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001
  5. Proses Penulisan kreatif Mana Sikana EDN Media 2004

Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif.

Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my

Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari.

 

Lain-lain01.03.2009
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ?

Waalaikumusalam wbk.

Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya:

1.   Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari      Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang

2.   Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang.

3.   Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. 

Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut.

Sekian dan wassalam.

 

Lain-lain23.07.2009
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010

Kembali ke atas