Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih. | Padanan bagi homestay ialah inap desa. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): desa kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah; 2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat; kampung kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur. 2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia. 3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar; 4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun; Kata adjektif 5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung; 6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung. Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna. | Makna | 10.07.2024 |
perbezaan pengertian inap desa dan juga homestay? | Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah inap desa. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Inap desa. | Istilah | 02.12.2009 |
penggunaan ayat mana yang betul untuk saya gunakan pada tajuk memo : Arahan Bertugas Ke Perpustakaan Desa Kg Tok Amat atau Arahan Bertugas Di Perpustakaan Desa Kg Tok Amat. Keliru dengan penggunaan DI atau KE | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Berdasarkan pertanyaan tuan/puan dalam konteks ayat tersebut, maka penggunaan ayat yang betul pada tajuk memo ialah Arahan Bertugas di Perpustakaan Desa Kg. Tok Amat. *Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266. | Tatabahasa | 17.07.2023 |
Mengikut Hukum D-M mana satu yang betul desa inap, penghawa dingin atau temu janji | Frasa yang betul ialah inap desa, penyaman udara/pendingin hawa, janji temu. | Istilah | 03.04.2010 |
saya mencari sebuah buku yg diterbitkan sekitar tahun 60an atau 70an yang bertajuk desa pingitan tulisan ibrahim(nama penulis sebenar tidak diketahui) | Untuk makluman sdr. novel Desa Pingitan adalah karya Ibrahim Omar. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2009 |
SAYA HENDAK MEMOHON LESEN PAPAN IKLAN BAGI RESTORAN SAYA DI MPJBT SKUDAI, JOHOR BAHRU. NAMA DALAM PAPAN IKLAN : 'RESTORAN ANJUNG DESA' | Nama "Restoran Anjung Desa" boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 12.03.2013 |
Perkataan homestay sudah lama digunakan dalam bahasa. Adakah istilah ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau kita menggunakan istilah homestay sahaja. Harap dapat maklum balasa. Terima kasih Dr S. nathesan | Homestay tidak diterima sebagai istilah bahasa Melayu kerana padanannya ialah inap desa atau pelancongan desa. | Istilah | 18.06.2012 |