Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima? | Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green Design | Istilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk Hijau | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2018 |
saya nak tahu maksud interior design | Interior design bermaksud reka bentuk dalaman. | Istilah | 14.02.2008 |
untuk design | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 23.05.2018 |
graphic design Perkhidmatan Kreatif dan Grafik | reka bentuk grafik Perkhidmatan Multimedia dan Grafik | Tatabahasa | 02.12.2008 |
Mohon kelulusan design | Salam sejahtera, Tuan, Sila buat permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.01.2019 |
MB Intreior Design | Pembetulan: 1. PERKHIDMATAN UBAH SUAI DAN HIASAN DALAMAN 2. TEL. Selepas dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 12.08.2015 |
Pejabat Urusan EZT Interior Design & Build Dimiliki Oleh : EZT Interior Design & Build Sdn Bhd ( 1008364-A ) | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika berkaitan dengan pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 29.09.2015 |
mahu terjemahan ke Bahasa untuk terma "Original Equiment Manufacturer (OEM)" dan "Original Design Manufacturer (ODM)" yang tepat. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk Original Equipment (OEM) Manufacturer dan Original Design Manufacturer (ODM). Walau bagaimanapun, istilah untuk manufacturer ialah pengilang, equipment ialah peralatan, design ialah reka bentuk, dan original ialah tulen atau asli. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan ialah Pengilang Peralatan Tulen dan Pengilang Reka Bentuk Tulen. | Istilah | 18.10.2011 |
Design papan tanda tersebut adalah daripada syarikat yang di taja oleh syarikat Echo.Papan tanda tersebut adalah sama di seluruh Malaysia. Adakah pihak tuan dapat mengekalkan design papan tanda tersebut? | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 26.10.2015 |