| Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, Soalan perihal sektor Semikondutor, Untuk nama-nama terma, Custom Layout, Physical Design, Design & Verification, Post-Silicon Validation, Field Programmable Gate Array (FPGA) Emulation & Prototyping, Computer-Aided Design, Design Automation, Packaging & Testing, Embedded System, Integrated Circuit (IC), Circuit Design apakah terjemahan rasmi dalam Bahasa Melayu kepada nama-nama terma yang saya senaraikan tadi? Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih atas kesudian menerima & menjawab soalan saya Tuan/Puan :) | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2024 |
| Salam, mohon berikan terjemahan istilah berikut: 1. Convergent Parallel Mixed-Methods Design 2. Explanatory Sequential Design 3. Exploratory Sequential Design 4. Triangulation Design 5. Embedded Design | ;courier new";">Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. ;courier new";">Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2023 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Intelligent Design"? dan apa pula terjemahan sesuai untuk "Unintelligent Design"? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, istilah berikut boleh digunakan: 1. Intelligent Design: Reka Bentuk Pintar 2. Unintelligent Design: Reka Bentuk Tidak Pintar | Istilah | 17.04.2021 |
| Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima? | Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |
| Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green Design | Istilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk Hijau | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2018 |
| saya nak tahu maksud interior design | Interior design bermaksud reka bentuk dalaman. | Istilah | 14.02.2008 |
| untuk design | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 23.05.2018 |
| graphic design Perkhidmatan Kreatif dan Grafik | reka bentuk grafik Perkhidmatan Multimedia dan Grafik | Tatabahasa | 02.12.2008 |
| Mohon kelulusan design | Salam sejahtera, Tuan, Sila buat permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.01.2019 |
| MB Intreior Design | Pembetulan: 1. PERKHIDMATAN UBAH SUAI DAN HIASAN DALAMAN 2. TEL. Selepas dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 12.08.2015 |