| Tuan/Puan, Saya ingin mendapat nasihat dari pihak tuan/puan berkenaan terjemahan perkataan “Designation and Office” bagi tujuan tandatangan seseorang pegawai. Contoh: …………………. …………………………………..….. (Signature) (Designation and Office) Apakah perkataan “designation and office” boleh diterjemahkan sebagai “ Nama Jawatan” atau Nama dan Jawatan” Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Terjemahan untuk “Designation and Office” dalam bahasa Melayu adalah mengikut konteks yang pihak tuan maksudkan. Adakah ia bermaksud perlu mencatat nama dan jawatan atau nama jawatan. Contoh nama dan jawatan: Salleh bin Abu, Pegawai Eksekutif. Contoh nama jawatan: Pegawai Eksekutif. Pilih yang mana pihak tuan maksudkan. | Makna | 05.07.2021 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mempunyai pertanyaan bagi terjemahan perkataan phthisiology. Phthisiology ialah Phthisiology is the care, treatment, and study of tuberculosis of the lung. It is therefore considered a specialisation within the area of pulmonology. The term derives from the designation by Hippocrates of phthisis meaning "consumption". Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan tersebut? Bolehkah ianya menjadi perkataan pinjaman: Fthisiologi? | Padanan terjemahan untuk istilah phthisiology ialah "ftisiologi". | Penyemakan dan penterjemahan | 15.01.2021 |