Terjemahan "Desk Officer" ke Bahasa Melayu. Sama ada pegawai bertanggungjawab atau pegawai rujuk | Tidak ada padanan Bahasa Melayu untuk"Desk Officer " dalam data kami. Menurut carian kami "Desk Officer" merujuk kepada penyelia yang bertugas di balai polis yang bertanggungjawab memastikan keselamatan barangan berharga, menjaga bahan bukti dan lain-lain yang berkepentingan. Oleh itu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah pegawai bertanggungjawab. | Makna | 24.04.2019 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk jawatan dalam bahasa Inggeris iaitu FRONT DESK COORDINATOR. Terima kasih | Tidak ada istilah khusus untuk front desk coordinator dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk front desk ialah meja depan atau kaunter depan. Istilah untuk coordinator ialah penyelaras. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk front desk coordinator ialah penyelaras meja depan atau penyelaras kaunter depan. | Istilah | 14.09.2011 |
istilah sesuai untuk metapora "from the desk of"? "dari meja" atau "daripada meja" atau ada yang lain? “From the desk of” is metaphor. Similar metaphors are “from the hand of” and “ from the pen of”. | Metafora “from the desk of” lazimnya melibatkan individu atau sekumpulan individu dalam sesebuah organisasi yang menulis sesuatu teks dalam konteks rasmi. Kami mencadangkan penggunaan frasa dari meja pengarang atau dari meja sidang pengarang untuk menunjukkan bahawa penulisan itu dihasilkan di atas meja oleh individu atau sekumpulan individu. | Istilah | 20.02.2020 |
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih. | Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih". | Istilah | 17.10.2013 |