Apakah deskripsi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak tadika supaya mereka dapat membezakan "helai" dan "keping" kerana keduanya merupakan sesuatu yang nipis dan rata. roti juga lembut walaupun penjodoh bilangan untuk roti adalah "keping". Jadi deskripsi "lembut" mungkin sukar dijelaskan kepada mereka. Adakah "berbentuk segi empat" boleh digunakan sebagai deskripsi untuk membezakan "keping" daripada "helai"? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke? | Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti seperti pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan. | Lain-lain | 16.06.2022 |
Boleh bantu saya dapatkan maklumat kesesuaian penggunaan perkataaan 'deskripsi' atau 'deskriptif' untuk tujuan digunapakai pada ikon system? Terima kasih | Cadangan kami, deskriptif lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 29.01.2014 |
Maklumat yang terhasil daripada analisis kerja digunakan untuk menulis______________ A deskripsi kerja. B aktiviti kerja. C konteks pekerjaan. D alat bantu kerja. Adakah betul penggunaan tanda noktah dalam ayat ini? | Penggunaan noktah pada contoh ayat yang diberikan, betul, iaitu diletakkan pada penghujung ayat. | Tatabahasa | 16.04.2024 |
Hi, untuk frasa ini - Coconut Cream Covered Wafer with Coconut Flakes (deskripsi dalam bahasa melayu - Wafer Bersalut Krim Kelapa dengan Kepingan Kelapa) adakah betul? apakah ayat yang sesuai untukCoconut Flakes dalam bahasa melayu? | Cadangan terjemahan bagi “Coconut Cream Covered Wafer with Coconut Flakes” ialah “Wafer Bersalut Krim Kelapa dengan Kepingan Kelapa”, bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam bidang tertentu. | Makna | 23.05.2024 |
Apakah perbezaan antara "bertauliah" dan "berkanun"?Misalnya, bagi seseorang yang berkelayakan Chartered Accountant atau Chartered Secretary, adakah betul dan tepat sekiranya ia dipanggil Akauntan/Setiausaha Berkanun? Ataupun Akauntan/Setiausaha Bertauliah merupakan deskripsi yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, bertauliah bermaksud mempunyai tauliah. Manakala, berkanun pula bermaksud memakai atau mengikut kanun. Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan untuk chartered accountant ialah akauntan berkanun atau akauntan bertauliah, chartered secretary ialah setiausaha berkanun atau setiausaha bertauliah mengikut konteks dan penggunaan ayat yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.11.2022 |
Salam, Permohonan saya untuk kelulusan untuk dua design papan tanda seperti di dalam lampiran telah ditolak atas alasan: 1) SPA DAN PUSAT KESIHATAN = SPA 2) PUSAT RAWATAN DAN KESIHATAN = SPA Untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menetapkan supaya ditulis Deskripsi ringkas tentang apa aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di atas papan tanda yang akan dipamerkan di hadapan kedai, apakah yang boleh sayatulis sekarang? Ini adalah permohonan semakan untuk cawangan saya yang ke empat. Untuk 3 permohonan terdahulu telah diluluskan oleh pihak DBP tanpa membangkitkan isu ini dan pihak PBT juga telah mengeluarkan lesen dengan mudah. Saya sertakan juga contoh permohonan terdahulu yang telah diluluskan. Saya ingin memohon pihak DBP menilai semula terhadap keputusan penilaian yang telah dibuat. Terimaksih. | Untuk makluman, pihak kami telah mendapat arahan terkini yang kami tidak dibenarkan meluluskan papan iklan PUSAT KESIHATAN jika merujuk kepada kedai biasa. PUSAT RAWATAN KESIHATAN hanya dibenarkan jika merujuk kepada klinik kesihatan. | Lain-lain | 26.01.2017 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'kertas ilmiah'? | ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Kertas ilmiah ialah kertas yang bersifat akademik. Kertas ini menyajikan gagasan, deskripsi atau pemecahan masalah secara sistemis, yang dibentangkan secara objektif dan jujur, menggunakan bahasa baku serta didukung oleh fakta, teori, atau bukti empirik. | Lain-lain | 27.10.2014 |
Apakah perbezaan di antara pengenalan, latar belakang dan profil? | Pengenalan ialah perihal mengenalkan, contoh kad pengenalan; perihal (perbuatan) mengenalkan atau mengenali. Latar belakang ialah pemandangan dll yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (gambar); dasar atau asas kepada sesuatu perkara; pengalaman seseorang (pendidikan dll). Profil ialah bentuk atau gambaran sesuatu yang dilihat dari sisinya; gambaran yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu masa; biografi ringkas atau deskripsi. | Makna | 10.07.2008 |
Apakah perbezaan antara SINOPSIS dan ABSTRAK? Saya perlu sediakan satu format untuk penulisan ringkasan buku ilmiah yang telah dibaca. Saya keliru sama ada ingin menggunakan sinopsis atau abstak? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Manakala abstrak pula ialah Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. Oleh itu, penggunaan yang lebih sesuai ialah abstrak. | Lain-lain | 08.10.2010 |