Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dés.ti.na.si] | ديستيناسي

Definisi : (déstinasi) tempat yg dituju dlm perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu (surat, barang, dll yg dikirim): surat-surat itu dikirimkan melalui pos bukan sahaja ke ~ dalam negeri, malah ke tempat-tempat lain di luar negeri juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dés.ti.na.si] | ديستيناسي

Definisi : /déstinasi/ tempat yg dituju atau tempat surat dikirim; matlamat: Bungkusan-bungkusan itu akan sampai ke ~nya sebelum Hari Raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata destinasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sampai ke destinasi atau sampai di destinasi Mana Yang betulJawapan yang betul ialah "Sampai ke destinasi".Tatabahasa20.11.2022
1. sampai ke rumah / sampai di rumah 2. tiba di destinasi / tiba ke destinasiJawapan yang betul ialah 1. sampai ke rumah, 2. tiba ke destinasi.Tatabahasa11.03.2010
Untuk dua frasa ini, yang mana betul? "Apabila sampai di rumah, ..." atau "Apabila sampai ke rumah,...", Ada buku teks BM yang tulis "..tiba ke destinasi..",bukankah sepatutnya "..tiba di destinasi..."?Pada pandangan kami yang betul ialah " apabila sampai di rumah" dan " tiba di destinasi". Kata sampai dan destinasi sudah membawa maksud berada di tempat tersebut.Tatabahasa30.09.2006
Malaysia merupakan destinasi ke - 11 pelancongan dunia atau Malaysia merupakan destinasi pelancongan ke - 11 dunia

Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan, sama ada penekanan kepada nombor atau perkara untuk didahulukan dalam ayat:

“Malaysia merupakan destinasi ke-11 pelancongan dunia.”

atau

“Malaysia merupakan destinasi pelancongan ke-11 dunia.”

Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 165.

Tatabahasa27.07.2024
Selamat sejahtera Tuan/ Puan, 1) Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju / Selepas masa sejam, kami tiba di destinasi yang ditujui? Yang manakah merupakan ayat yang tepat? Adakah penggunaan frasa 'selepas satu jam' salah dari segi bahasa? Destinasi yang dituju / ditujui, yang manakah merupakan imbhan yang betul? 2) Saya bertukar / menukar pakaian untuk berenang di laut. Yang manakah merupakan pengimbuhan yang betul? 3) Adakah frasa 'menikmati pemandangan laut yang indah' salah dari segi bahasa? 4) Bolehkah penanda wacana seperti selepas itu, tidak lama kemudian digunakan dalam permulaan penulisan berformat catatan? Contohnya, 12:00 tengah hari Tidak lama kemudian, kami menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Terima kasih.

1.    Ayat yang tepat ialah, “Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju”. Frasa “selepas satu jam” adalah betul dari segi tatabahasa.

2.    Saya (bertukar/menukar) pakaian untuk berenang di laut. Kedua-duanya boleh digunakan.

3.    Frasa “menikmati pemandangan laut yang indah” adalah betul.

Tiada format khusus yang boleh dirujuk untuk penulisan catatan. Walau bagaimanapun, kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Frasa penanda wacana “selepas itu” adalah merupakan penghubung tempoh yang merupakan penanda yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Frasa “tidak lama kemudian” pula boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. 
Tatabahasa16.04.2022
Salam sejahtera. Adakah ayat yang berikutnya betul? Kami telah sampai di destinasi yang ditujukan. Kami telah sampai ke destinasi. Terima kasih.Salam sejahtera.
Jawapan yang betul ialah "Kami telah sampai ke destinasi yang dituju."
Tatabahasa19.08.2013
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam.Tatabahasa29.07.2013
Adakah penggunaan perkataan 'perasan' dan 'menyedari' dalam ayat-ayat berikut betul dan tepat? (a) Tanpa menyedari, kami sudah sampai ke destinasi. (b) Tanpa perasan, kami sudah sampai ke destinasi.Ayat yang betul ialah "tanpa disedari kami sudah sampai ke destinasi"Tatabahasa12.12.2015
Tuan/ Puan, Mana di antara ayat di bawah adalah ayat yang betul? 1. Apa destinasi Syawal anda? atau, 2. Ke mana destinasi Syawal anda? Jika kedua-duanya salah, mohon cadangan ayat yang lebih sesuai daripada pihak tuan/ puan. Mohon maklumbalas segera daripada pihak tuan/ puan. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang betul ialah, Ke manakah destinasi bersempena Syawal anda?

Sekian, terima kasih.
Makna17.05.2019
Salam sejahtera, saya ingin bertanya kepada tuan tentang jawaban soalan berikut: Semoga kita akan selamat sampai di destinasi esok. Semoga kita akan selamat sampai ke destinasi esok. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan dengan jelas. Sekian, terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “Semoga kita akan selamat sampai ke destinasi esok.”

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, waktu atau masa. Kata sendi nama ke juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama ke juga menunjukkan kita akan/sedang menuju/melakukan sesuatu ke tempat itu.

Contohnya: “Mereka akan ke Kuantan esok.”

 

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan tidak boleh digunakan untuk menerangkan waktu, masa atau zaman. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama di juga menunjukkan kita sudah tiba/perkara yang sudah berlaku di tempat itu.

Contohnya: “Ibunya bekerja di sekolah itu.”

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 265 sehingga 268.

Tatabahasa02.10.2025
123

Kembali ke atas