Mohon pencerahan. Yang mana satu betul: Cecair Pencuci Pakaian (liquid detergent) atau Pencuci Cecair Pakaian? Terima kasih kerana membantu. | Liquid detergent boleh diterjemahkan kepada detergen cecair. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2015 |
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih | 1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin 2. advanced detergent & dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini 3. Drain interval - saliran pertengahan | Istilah | 30.06.2009 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut 1. Chicken Breakfast Sausage 2. Concentrated Liquid Detergent 3. Easy To Peel (untuk kulit popiah) Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Chicken Breakfast Sausage - Sosej Ayam Sarapan 2. Concentrated Liquid Detergent - Detergen Cecair Pekat 3. Easy To Peel - Mudah Diasingkan | Istilah | 01.04.2014 |