Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan nasihat tentang istilah yang bersesuaian bagi 'digital citizenship' dan 'device' dalam ayat berikut : Many schools using one-to-one or bring-your-own-device programs are incorporating digital citizenship messages into their lesson plans. Terima kasih. | Padanan istilah yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. device - peranti 2. digital citizenship - generasi digital | Istilah | 28.05.2018 |
Pertanyaan perkataan 'device'. | Lampiran puan telah kami teliti. Untuk makluman,pihak kami sedang berbincang untuk memberikan istilah yang sesuai untuk perkataan "device". Kami akan menghubungi pihak puan setelah mendapat istilah yang sesuai. | Istilah | 13.03.2019 |
Saya ingin mengetahui apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'device'? Adakah alat, atau peranti? | Perkataan bahasa Melayu untuk "device" ialah peranti. | Makna | 13.08.2014 |
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan? | Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2008 |
ASM, 1. Bagaimana perkataan mobile digunakan dalam BM. saya telah mencarinya dalam carian kata tetapi tiada maklumat tentang mobile. contohnya mobile device dan mobile learning tolong tejemahkan ke BM atau apakah istilah yang digunakan dalam BM . TK. | Puan Fairose, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'mobile' ialah 'mudah alih',' bimbit' atau 'bergerak' bergantung pada konteks penggunaannya. Bagi perkataan 'mobile device' padanan bahasa Melayu ialah peranti bimbit/mudah alih. Bagi perkataan 'mobile learning' konteksnya sama dengan 'e-learning' atau 'distant learning', maka padanan bahasa Melayu ialah pembelajaran jarak jauh. | Istilah | 28.05.2010 |
Selamat sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi "connected to device"? "disambungkan ke peranti" atau "disambungkan kepada peranti"? Terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "disambungkan kepada peranti". | Penyemakan dan penterjemahan | 15.04.2015 |
Jabatan Perikanan Malaysia telah mencipta satu inovasi yang dipanggil Malaysian Acetes Efficiency Device. Alat ini merupakan peranti yang dipasang pada pukat untuk menangkap udang baring. Alat ini akan menyisih atau menyediakan lalauan untuk anak-anak ikan kelauar dari pukat. Di mana ia hanya memerangkap udang baring sahaja. Jadi apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia? | Soalan saudara akan kami ajukan kepada bahagian Peristilahan. Kemungkinan proses mendapatkan jawapan yang sesuai akan mengambil masa. Jawapan akan dikirim melalui e-mel. Terima kasih | Istilah | 26.06.2014 |
Salam sejahtera, Mohon pihak DBP untuk menyemak terjemahan bagi yang berikut: 1. Defrag - nyahserpih 2. Defragment - Menyahserpih 3. Defragmented - Dinyahserpih 4. Solid State Device - Peranti Kelajuan Pepejal Terjemahan untuk digunakan pada perisian(teknologi maklumat). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Salam Sejahtera tuan/puan. Terjemahan untuk nombor 1,2, dan 3 boleh diterima. Cadangan terjemahan untuk nombor 4 ialah Peranti Keadaan Pepejal. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 30.01.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang sesuai bagi frasa 'turning diffuser' dalam ayat berikut: Turning diffuser is an engineering device that is widely used in the industry to reduce the flow velocity as well as changing the direction of the flow. Adakah sesuai diterjemah sebagai 'peresap pusing'? Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi truning diffuser ialah peresap pusing boleh digunakan. | Makna | 01.06.2016 |
Saya ingin bertanya apakah maksud "Root" untuk istilah IT. Contoh ayatnya dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "Root permission is required to uninstall applications in the phone device." Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, istilah bahasa Melayu bagi "root" ialah akar seperti penggunaan istilah "root directory" dipadankan sebagai "direktori akar". Selain itu, terdapat istilah "root server" yang dipadankan sebagai "pelayan punca" dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang sistem maklumat. | Istilah | 09.11.2013 |