Salam Sejahtera, 1. Majlis upacara perasmian dewan. 2. Majlis perasmian dewan. 3. Upacara perasmian dewan. Ayat yang mana tepat. terima kasih. | Frasa yang betul ialah majlis perasmian dewan. | Tatabahasa | 22.05.2012 |
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECIL | Menurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan. 1. Tanda Titik Bertindih ( : ) a) Memperkenalkan atau menambah keterangan. contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar) b) Memisahkan: i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan. ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem. iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid. v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah. vi) tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan. vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi. c) Menunjukkan nisbah. tanda seru ( ! ) - Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu! -Huruf besar selepas tanda seru. Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja. | Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP. | Lain-lain | 10.03.2013 |
di manakah kamus dewan diterbitkan? | Kamus Dewan diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 18.05.2013 |
salam sejahtera Tuan, Pihak Panitia BM sekolah saya ingin bertanya beberapa soalan seperti di bawah: YANG MANA BETUL? 1. pergi ke dewan ATAU pergi dewan ATAU ke dewan 2. pergi ke dalam (betul atau salah?) 3. masuk ke dalam hutan ATAU masuk hutan 4. Jangan buang sampah di lantai. ATAU Jangan buang sampah ke lantai. 5. Baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru? ATAU Baju yang berwarna merah atau biru? ATAU Baju merah atau baju biru? ATAU Baju merah atau biru? Berharap tuan dapat membantu kami. Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Bagi frasa Jangan buang sampai di lantai atau ke lantai, kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan. Pengulangan kata baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru dianggap pembaziran perkataan, dan memadai dengan baju yang berwarna merah atau biru, atau baju merah atau biru. | Tatabahasa | 17.06.2012 |
Selain buku Gaya Bahasa Dewan, apakah buku rujukan yang sesuai untuk editor terbitan DBP? | Selain buku Gaya Dewan, antara buku lain yang boleh dijadikan rujukan ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Pelajar Edisi Kedua dan buku daftar istilah dalam pelbagai bidang. | Lain-lain | 18.09.2013 |
Saya ingin mengetahu sama ada Perisian Dewan Eja adalah hakmilik Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana saya bercadang membeli perisian untuk kegunaan peribadi dan juga tugas harian saya. Saya bekerja di Unit Peperiksaan yang memerlukan istilah bahasa yang betul. Saya pernah menggunakan perisian ini di pejabat lama dan didapati perisian ini perlu diperbarui setiap tahun. Istilah di dalamnya juga lambat dikemaskinikan. Apabila saya membuat carian Google saya menjumpai banyak syarikat yang menjualnya tetapi tidak tahu mana satu yang benar dan patut saya pilih. Saya juga ingin mendapatkan khidmat nasihat bagaimana saya hendak dapatkan perisian kamus bahasa melayu betul istilah dan ejaannya. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih. | DBP ada memberi izin kepada beberapa syarikat luar untuk menerbitkan perisian kamus, termasuklah Dewan Eja. Perisian Dewan Eja ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP, K.L. | Lain-lain | 06.06.2012 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. TERIMA KASIH. | Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.11.2012 |
Perkataan 'kurangkan' tiada dalam kamus dewan, adakah ini bermaksud perkataan itu tidak baku? | Perkataan kurangkan merupakan bahasa standard. Perkataan tersebut tidak terakam dalam Kamus Dewan kerana entri Kamus Dewan hanya memasukkan kata kerja aktif. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. SERTA TAHUN TERBITNYA KAMUS-KAMUS TERSEBUT. | Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.11.2012 |