I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IV | Ayat II dan II betul. II. Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
| Tatabahasa | 03.10.2013 |
Salam sejahtera. Saya ingin menanya tentang pola gabungan konsonan-vokal yang betul bagi perkataan 'akhir'. Adakah pola yang betul ialah (i) atau (ii) di bawah? (i) akhir = ak + hir = VK + KVK (ii) akhir = a + khir = V + KVK Terima kasih. | Pemenggalan kata "akhir" yang betul ialah a + khir. | Tatabahasa | 25.12.2013 |
i) Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... ii) Di akhir pengajaran, murid-murid dapat ..... Antara dua ayat ini, ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... | Lain-lain | 29.04.2010 |
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Jawapan A. I sahaja yang tepat. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
salam sejahtera & selamat petang. mohon jawapan daripada pihak DBP. antara dua perkataan ini, mana yang betul? i) DIHANTAR ii) DI HANTAR | Ejaan yang betul ialah 'dihantar' - imbuhan 'di' dengan kata kerja hendaklah dieja satu perkataan. | Ejaan | 08.03.2011 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV | Hanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah. | Lain-lain | 19.08.2010 |
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul? | 1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja. 2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
Pusat I - Pusat II - | Pusat I - Lekuk di tengah perut Pusat II - Kawasan (daerah) yang letaknya di tengah- tengah benar. - Punca @ tumpuan berbagai-bagai kegiatan. | Makna | 23.03.2007 |
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih | (A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A). | Tatabahasa | 28.10.2014 |