| ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih. | Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. | Lain-lain | 09.10.2018 |
| Ayat manakah yang betul? A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. B) Buku itu bukan diletakkan di atas meja. Kata Nafi "bukan" diguna sebelum "berasal dari Johor" sebagai frasa sendi. Frasa "diletakkan di atas meja" dikenali sebagai frasa sendi atau frasa kerja? | Frasa yang betul A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. Frasa "diletakkan di atas meja" sebagai frasa adjektif. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 262-263. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. | Tatabahasa | 24.05.2023 |
| Merujuk kepada perkara di atas atau merujuk perkara di atas? | Frasa yang betul ialah "merujuk perkara di atas". | Tatabahasa | 11.03.2021 |
| Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih. | Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. | Tatabahasa | 19.03.2022 |
| Mohon cadangan ayat mana yang sesuai untuk digunakan sebagai pembuka bagi surat rasmi "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk" atau " Merujuk kepada perkara di atas/Perkara di atas adalah dirujuk" Ini kerana jabatan Kerajaan lazimnya menggunakan ayat "Dengan segala hormatnya" sebagai pemula surat. | Ayat yang sesuai digunakan ialah “Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.” | Tatabahasa | 20.02.2023 |
| Salam sejahtera. 1. Berapakah ekor burung di atas pokok? 2. Berapa ekorkah burung di atas pokok? 3. Berapa ekor burungkah di atas pokok? Manakah soalan yg lebih tepat? Terima kasih. | Salam sejahtera, Soalan yang paling tepat ialah (3). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
| Salam. Ayat yang manakah lebih tepat? 1. Berapakah ekor monyet yang masih bergayut di atas pokok? 2. Berapa ekorkah monyet yang masih bergayut di atas pokok? 3. Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok? | Ayat yang betul ialah "Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok?" | Tatabahasa | 14.05.2020 |
| Yang manakah adalah betul ? 1. Penny dan kawannya menduduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 3. Penny dan kawannya berbual-bual dengan mesra sambil menduduk di atas kerusi. | 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra | Tatabahasa | 02.03.2019 |
| Adakah ayat berikut betul? 1. Di atas meja ada buku. | Ayat Di atas meja ada buku adalah betul. Ayat lain yang sesuai ialah Buku ada di atas meja. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
| Manakah yang betul: a. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Jelaskan ........ atau b. Berdasarkan pernyataan di atas: i. jelaskan ...... | Jawapan yang betul ialah Berdasarkan pernyataan di atas: i. Jelaskan ........ | Tatabahasa | 15.04.2021 |