di bahagian atau pada bahagian? di perlawanan atau pada perlawanan ? | Jawapan yang betul ialah di bahagian dan pada perlawanan. | Lain-lain | 11.05.2010 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'dihias' dan 'dihias dengan'..Betulkah ayat ini? 1. Di bahagian dalamnya pula dihias dengan bunga yang cantik @ 2. Di bahagian dalamnya pula dihiasi dengan bunga yang cantik @ 3. Di bahagian dalamnya pula dihiasi bunga yang cantik. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: 1. ... dihias dengan bunga yang cantik. 2. ... dihiasi bunga yang cantik. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Apakah ayat tanya yang sesuai bagi ayat ini ? Terima kasih | Ayat tanya yang sesuai dengan ayat keterangan tersebut ialah: Di bahagian manakah mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah? | Lain-lain | 20.03.2016 |
Salam sejahtera, Apakah ejaan yang betul untuk apapun / apa pun? Terdapat jawapan "Apa pun" di bahagian Khidmat Nasihat tetapi terdapat juga penggunaan "Apapun" di bahagian penjelasan istilah dan sebagainya. "Apapun/Apa pun" yang saya maksudkan ialah terjemahan untuk bahasa Inggeris "anyway". Contoh: Anyway, I heard that you changed career. <-- Apa pun / Apapun, saya dengar awak bertukar kerjaya. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "apa pun". | Ejaan | 28.10.2022 |
'Murid-murid tidak mahir dalam penguasaan ayat di bahagian karangan. Terdapat banyak aspek kesalahan yang ditemui terutamanya pada bahagian kata tugas'. . Betulkah penggunaan kata 'di bahagian' dan 'pada bahagian' dalam ayat ini?Terima kasih. | Ayat yang dicadangkan ialah "Murid-murid tidak mahir membuat ayat dalam karangan." | Tatabahasa | 24.09.2013 |
Salam sejahtera, Mohon perhatian pihak tuan terhadap perkara berikut bagi penambahbaikan. Senarai maksud kata tidak dipaparkan dengan lengkap di bahagian tab pilihan maksud (maksud ke-4) tetapi ia tersenarai di bahagian bawah. Sila rujuk tangkap layar yang saya sertakan. Saya sangat berbesar hati sekiranya penambahbaikan dapat dibuat dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna lawang sesawang PRPM. Komitmen masa dan tenaga pihak tuan dalam menyelesaikan hal ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Salam hormat. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 07.06.2024 |
tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif ayat : getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. | Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
apakah ayat yang paling sesuai untuk ayat berikut: 1. Di Bahagian A, analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus atau 2. Dalam Bahagian A, analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus guna di bahagian A atau dalam bahagian A | Frasa yang betul ialah "dalam bahagian" - dalam Bahagian A, analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus guna. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Di bahagian manakah untuk saya mendapatkan garis panduan bahasa melayu untuk papan tanda iklan perniagaan | DBP tidak menerbitkan Garis Panduan Papan Iklan. Saudara boleh merujuk dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan, misalnya Dewan Bandaraya / Majlis Perbandaran salinan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka. DBP hanya diberi kuasa untuk meneliti dan mengesahkan bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan tersebut. | Tatabahasa | 26.09.2013 |