Murid-murid berhimpun di bawah/ di hadapan pentas. Adakah perkataan di bawah sesuai digunakan? Adakah ayat membawa maksud yang sama Jika di bawah dan di hadapan digunakan? | Murid-murid berhimpun di hadapan pentas. Frasa di bawah secara fizikalnya sesuatu itu berada di bawah objek yang dinyatakan seperti baldi di bawah meja. | Tatabahasa | 30.10.2018 |
Assalamualaikum. Berikut ada beberapa ayat yang mengelirukan penggunaan “bawah” dan “di bawah”. Maka, yang manakah ayat yang betul? 1. Kanak-kanak berumur bawah lima tahun dilarang masuk atau Kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dilarang masuk. 2. Negeri-negeri di bawah angin atau Negeri-negeri bawah angin. 3. Markahnya di bawah markah saya atau Markahnya bawah markah saya. 4. Di bawah taklukan Empayar Rom atau Bawah taklukan Empayar Rom. 5. Di bawah akta atau Bawah akta. 6. Di bawah pengaruh dadah atau Bawah pengaruh dadah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: - Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilarang masuk.
- Negeri-negeri bawah angin.
- Markahnya di bawah markah saya.
- Di bawah taklukan empayar Rom.
- Di bawah akta.
- Di bawah pengaruh dadah.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226. | Tatabahasa | 21.02.2025 |
Saya ingin tanya berkenaan penggunaan kata 'di bawah' dan 'dibawah'. Bagi penggunaan 'di bawah', saya yakin ianya bagi menunjukkan arah atau tempat, contohnya: Kucing itu berada 'di bawah' meja. Tetapi bagaimana dengan penggunaannya untuk ayat yang bukan merujuk kepada lokasi? Contoh: Tindakan tersebut berada (dibawah / di bawah / bawah) tanggungjawab saya. | Ejaan yang betul ialah di bawah kerana menunjukkan kata arah. | Tatabahasa | 15.05.2020 |
"Majlis itu dilaksanakan di bawah SOP" atau "Majlis itu dilaksanakan bawah SOP." Umum kita tahu di menyatakan kedudukan fizikal dan bukan abstrak. Bagaimana pula dengan frasa "di bawah Kementerian"? | Dalam konteks di bawah kementerian, perkataan kementerian ialah kata nama institusi konkrit yang wujud secara fizikal. Contoh lain seperti di bawah jabatan, di bawah fakulti, di bawah seksyen, di bawah batalion dan lain-lain. | Tatabahasa | 23.09.2020 |
1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih. | Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu. | Tatabahasa | 28.02.2017 |
Mohon pandangan berkaitan tajuk seperti di bawah: PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 Penggunaan di Bawah Akta atau Bawah Akta sahaja | Penggunaan bahasa yang betul ialah PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977. | Tatabahasa | 31.12.2020 |
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :) | Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu: 1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas. | Tatabahasa | 19.11.2021 |
Salam. Saya ingin bertanya penggunaan "bawah" dan " di bawah". bawah pengaruh alkohol atau di bawah pengaruh alkohol? Minta penjelasan sebabnya. Terima kasih. | Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Oleh yang demikian, penggunaan kata sendi nama yang betul ditunjukkan dalam ayat, seperti contoh yang berikut: “Ahmad memandu kereta di bawah pengaruh alkohol.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265-266. | Tatabahasa | 19.08.2024 |
Apakah saranan pihak DBP untuk penggunaan betul ayat di bawah ini? 1) "Sila isikan borang di bawah." 2) "Sila isi borang di bawah." apakah perbezaan antaranya? | Perkataan “isikan” bermaksud “arahan supaya mengisi sesuatu”, manakala “isi” ialah “sesuatu yang termuat dalam sesuatu benda atau kandungan”. Oleh itu, jawapan yang lebih tepat ialah "Sila isi borang di bawah." | Tatabahasa | 12.10.2023 |
Assalamualaikum. Adakah penggunaan ayat-ayat ini betul? (1) ... di bawah pengaruh dadah atau ... bawah pengaruh dadah? (2) Rakyat hidup aman di bawah pemerintahan kerajaan atau Rakyat hidup aman bawah pemerintahan kerajaan? terima kasih | Ayat yang betul ialah: 1) … di bawah pengaruh dadah. 2) Rakyat hidup aman di bawah pemerintahan kerajaan … | Lain-lain | 05.12.2024 |