Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih. | Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya: a) Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha) b) Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik. (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik) Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut: a) Cair di dalam mulut. b) Suluh untuk melihat di dalam telinga. c) Ulser di dalam perut.
| Lain-lain | 25.06.2022 |
Selamat sejahtera,Zali mengisi makanananan di dalam pinggan atau di dalam bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan?” | Tatabahasa | 06.02.2024 |
Mohon semakkan terjemahan di bawah. "My, I get to live in an apartment building before I die." Terjemahan: "Wah, saya dapat tinggal di dalam / dalam apartmen sebelum meninggal." Adakah penggunaan "di dalam" betul dalam konteks ini kerana frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang. Atau adakah dalam apartmen sudah memadai? Bagaimana pula dengan terjemahan "underwater world"? Adakah "dunia dalam air" atau "dunia di dalam air" yang lebih tepat? Kebanyakan Istilah MABBIM yang direkodkan membuang perkataan "di", contohnya seperti underwater environment menjadi "alam sekitar bawah air". Mohon penjelasan. Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat My, I get to live in an apartment building before I die ialah "Akhirnya, saya dapat tinggal di dalam apartmen sebelum meninggal". Untuk pengetahuan puan, "di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, manakala "dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang bersifat abstrak. Untuk soalan seterusnya, padanan bahasa Melayu untuk "underwater world" ialah dunia bawah air. | Tatabahasa | 10.02.2022 |
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. | Tatabahasa | 31.03.2023 |
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :) | Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu: 1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas. | Tatabahasa | 19.11.2021 |
Adakah ada ikan di dalam air sungai itu? Adakah ikan di dalam air sungai itu? Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Adakah terdapat ikan di dalam sungai itu?” | Tatabahasa | 23.04.2024 |
Selamat sejahtera, a)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) | Ayat yang betul ialah "Zali mengisi makanan di dalam pinggan." | Lain-lain | 31.01.2024 |
Ayat 1:Saya belajar Bahasa Malaysia di dalam kelas. atau Ayat 2:Saya belajar bahasa Malaysia di dalam kelas. Mana satu ayat yang betul? | Sekiranya merujuk kepada mata pelajaran, ayat yang betul ialah Saya belajar Bahasa Malaysia di dalam kelas. | Tatabahasa | 08.11.2021 |
1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf? | Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf". | Tatabahasa | 23.04.2024 |
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? | Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. | Tatabahasa | 29.03.2023 |