Yang mana jawapan paling sesuai? Emak membeli empat______petai dan se______ bayam di pasar. a) ikat....ikat b) papan....ikat C) ikat.....cekak d) papan.......cekak | Jawapan yang sesuai untuk soalan tersebut ialah: b) papan...ikat d) papan...cekak Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya, manakala seikat ialah penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
"Apakah ertinya perkataan 'karangan' dlm ayat ini?Kamala meletakkan karangan bunga itu di atas meja di ruang tamu. " | 'karangan' dalam ayat ini bermaksud 'jambak bunga 'rangkai' dan ''ikat ' bunga. | Makna | 27.05.2013 |
Ayah bawa beberapa----rambutan dan beberapa----kelapa di dalam ruang bagasi keretanya. A ikat.....tandan B gugus.....biji | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2015 |
Salam,Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa?Terima kaasih Kita mestilah saling menolong apabila jiran tetangga menghadapi kesusahan.Seorang mungkinlah melancong dari negara sendiri ke luar negara seperti Eropah,Hong Kong,Korea,Pualau Pinang,Selangor,dan Kuala Lumpur.Jiran tetangga kita mungkin memohon bantuan untuk membantu mereka menjaga anjing dari rumah mereka.Contohnya,kita juga boleh mengadakan sambutan Hari Jadi kepada jiran tetangga untuk memperat hubungan yang ikat.Hubungan yang ikat bukanlah sesiapa boleh membuat keputusan yang baik atau tidak baik.Hubungan ialah manusia menanam hubungan yang kronik hingga jadi baikk dengan perlahan-perlahan.Jiran tetangga akan memberi sokongan dan dorongan dengan tujuan mencapai maklumat yang diimplementasikan.Contohnya,kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.Kita juga harus mempengaruh tingkah laku mereka dari negatif jadi positif.Natijahnya,negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari ekonomi dan politik negara.Negara Malaysia melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia. | Kita mestilah menolong jiran tetangga apabila mereka menghadapi kesusahan. Jiran tetangga berkemungkinan melancong ke luar negara seperti Eropah, Hong Kong, Korea, dan di dalam negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jiran kita mungkin memohon bantuan untuk menjaga anjing di rumah mereka. Selain itu, kita juga boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama-sama jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Jiran tetangga akan memberikan sokongan dan dorongan bagi mencapai maklumat yang ditetapkan, seperti memberikan sokongan apabila kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan. Kita juga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dari negatif menjadi positif. Negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari segi ekonomi dan politik dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia. Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. | Tatabahasa | 08.07.2021 |