Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka); ~ kepala Id luar kepala; ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 di sebelah (bahagian) luar: Sementara ia memasak di dapur, anaknya bermain-main ~. 2 tidak termasuk dlm sesuatu perhitungan dll; kecuali: Penipuan itu berlaku ~ pengetahuan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Pisang embun di luar pagar,
     Sayang kundang masam isinya;
Tujuh tahun sekam terbakar,
     Baru sekarang menyala apinya.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(26)

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Penggunaan kata sendi mana yang lebih tepat/betul a Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu dengan keluarganya atau b Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu akan keluarganya. atau c Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu kepada keluarganya.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu akan keluarganya.
Tatabahasa16.08.2015
1.ke kiri dan kanan atau ke kiri dan ke kanan ? 2.di luar dan dalam atau di luar dan di dalam ?Jawapan yang betul ialah ke kiri dan ke kanan, di luar dan di dalam.Lain-lain04.05.2010
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat?

1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya.

2. Istilah luar negara lebih tepat.

Lain-lain20.07.2010
Penggunaan kata perintah "tolong" "sila". Ayat manakah yang betul ? 1. "Tolong beratur di luar dewan, " kata guru pengiring kepada murid-muridnya. ATAU 2. "Sila beratur di luar dewan, " kata guru pengiring kepada murid-muridnya. Terima kasih.kedua-dua ayat adalah betulTatabahasa25.06.2014
Manakah yang betul? (i) melanjutkan pelajaran di luar negeri (ii) melanjutkan pelajaran di luar negara (iii) melanjutkan pelajaran ke luar negeri (iv) melanjutkan pelajaran ke luar negara

 

Salam sejahrtera,

'Melanjutkan pelajaran ke luar negara' merupakan frasa yang betul.

Tatabahasa18.01.2013
Yang manakah betul? A Saya melancong sekali sebulan. atau B Saya melancong sebulan sekali. Juga A Kamu makan di luar dua kali sebulan. atau B Kami makan di luar sebulan dua kali.Kesemua ayat tersebut boleh digunakan tertakluk pada konteks penggunaannya.Tatabahasa06.11.2023
Ali akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan. penggunaan di luar negara betul atau ke luar negara betul? apa beza kedua-duanya? tqPenggunaan ke luar negara betul kerana ke merupakan kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui. Manakala di pula ialah kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
'Penubuhan institusi di dalam dan di luar negara' atau 'Penubuhan institusi di dalam negara dan di luar negara'. Mohon pencerahan ayat yang lebih tepat. Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Penubuhan institusi di dalam negara dan luar negara” kerana  perkataan “dalam negara” dan “luar negara” merupakan kata majmuk. Sehubungan dengan itu, perkataan “negara” yang pertama tidak boleh digugurkan.Tatabahasa04.01.2021
----- berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia A selama B meskipunAyat yang betul ialah "Selama berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia".Tatabahasa18.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas