| Adakah perkataan "di mana" boleh digunakan selain untuk pertanyaan. Bagaimana pula dengan kenyataan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan." | Perkataan "Di mana" hanya digunakan sebagai kata tanya. Bagi frasa "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", penggunaan "di mana" digunakan kerana frasa tersebut merupakan peribahasa dan ungkapan Melayu yang telah lama, mantap dan lazim digunakan. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
| Salam Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui maksud yang setepat-tepatnya peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan saya juga ingin mengetahui kegunaan 'maksud' dan 'makna' Adakah betul 'maksud' untuk frasa/ayat 'makna' untuk kata/perkataan? Terima kasih | Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar segala keinginan dapat diperoleh. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna didefinisikan sebagai erti atau maksud (sesuatu perkataan dll). Maksud didefinisikan sebagai 1. tujuan, hajat, kehendak, niat 2. erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dll). | Lain-lain | 27.10.2011 |
| “Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.””Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.” Peribahasa sebegini bolehkah dianggap satu ayat atau sebagai konstituen sesuatu ayat yang berfungsi sebagai keterangan? Terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Saifullizan bin Yahaya, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera melalui nombor telefon 03-21479232 atau e-mel kepada saif@dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.11.2025 |
| Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kali edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |
| 1.Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) bagai mencurah air ke daun keladi? 2. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) membanting tulang. 3. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) rajin macam semut. 4. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa jawapan yang betul bagi keempat-empat ayat di atas? Minta penjelasan.Terima kasih. | Ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. | Lain-lain | 09.03.2017 |