Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Si Nujuh hilir ke kota,
     Dayung mengangkut di pohon kunci;
Rasa kuhidup di kail masa,
     Malam menyebut belum sampai.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih.1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan se­suatu supaya tidak dapat bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami.

Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal.
Tatabahasa08.10.2013
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina.
2. pada masa hadapan.
Tatabahasa22.07.2013
Mohon khidmat semakan perkara berikut samada ia memenuhi aspek tatabahasa dan lain-lain untuk tujuan penambahbaikan di masa hadapan: ..."2012 dragon is regarded as a divine symbol that reflects ultimate abundance, prosperity and good fortune. a perfect way of celebrating the year 2012; embracing the spirit of a powerful dragon within us.."Khidmat yang saudara perlukan adalah di luar skop Khidmat Nasihat DBP. Kami membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi dan Jawi, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain25.01.2012
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Halalas"? Menurut Wikipedia, mereka menterjemahkan "Halalas" sebagai "Halala". Mohon pihak tuan sahkan jika itu adalah terjemahan yang betul. Tolong masukkan perkataan ini ke DBP dalam talian untuk memudahkan pencarian di masa hadapan. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Riyal_Saudi Terima kasih.Berdasarkan rujukan dalam internet, "halalas" ialah bentuk jamak untuk "halala", iaitu unit mata wang Arab Saudi. Oleh itu, perkataan "halala" boleh digunakan.Istilah07.09.2013
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan.Istilah14.06.2012
assalamualaikum, saya sedang mengusahakan projek menulis sebuah novel yang menceritakan tentang perihal hang tuah dan rakan-rakannya di masa hadapan. untuk itu saya memerlukan rujukan-rujukan buku yang boleh dibaca untuk memberikan informasi dan latar belakang untuk menulis novel tersebut. saya berharap pihak DBP dapat menyenaraikan buku-buku yang boleh saya dapatkan sebagai rujukan. terima kasih.Untuk merujuk pelbagai karya/makalah yang berkaitan dengan Hang Tuah, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP atau perpustakaan yang lain seperti Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan di IPTA. Untuk ke PDM saudara perlu menjadi ahli terlebih dahulu dan boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan di sana. Saudara juga boleh menggunakan kemudahan di laman web kami www.dbp.gov.my dan klik Katalog Awam dalam Talian untuk melihat senarai buku yang berkaitan.Lain-lain29.11.2011
Sekadar ingin tahu. mungkin menjadi suatu pengetahuan baharu~ "Perkataan yang terpanjang dalam Bahasa Malaysia ialah diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat (mengandungi 40 huruf), merupakan istilah yang digunakan dalam bidang saintifik. Manakala perkataan umum yang terpanjang ialah mempertanggungjawabkan (mengandungi 22 huruf)". Betulkah? maaf, soalan agak kebudak2kan. Namun , cukup menarik utk di masa hadapan.. :DPerkataan mempertanggungjawabkan hasil gabungan apitan memper-...-kan dengan kata dasar tanggungjawab dan perkataan ini terakam dalam Kamus Dewan. Manakala perkataan diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan, dalam pembentukan perkataan/istilah, perkataan ketidak dan nyah tidak hadir sekali atau berurutan kerana kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama seperti ketidakhadiran dan nyah padat. Dan lazimnya dalam pembentukan istilah apabila ada apitan di-...-kan atau ke-...-an baharulah perkataan yang terhasil itu digabungkan.Istilah25.10.2012
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"?Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Makna11.07.2007
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasihMenurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Makna24.05.2010
yang manakah tepat? di antara sela masa atau antara sela masaFrasa yang tepat ialah antara sela masa.Tatabahasa19.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas