Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pohon
Rujuk :pokok

Puisi
 

Merbah terbang di pohon Jawa,
     Pakai anak raja Chupa;
Adik abang tuanku nyawa,
     Bilakah masa dapat berjumpa?


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Bermaksud :

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat?Ayat yang gramatis ialah Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka kerana belaka bermaksud semuanya (semua pokok).Tatabahasa24.02.2012
1) Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat? 2) Adakah penggunaan terdapat dalam ayat berikut betul? "Kawasan rumah itu terdapat jalinan jalan raya yang sistematik." Terima kasih banyak-banyak!1. Untuk membentuk ayat yang gramatis, hanya satu kata ganda wujud dalam ayat tersebut. Penggunaan dua kata ganda menjadikannya lewah dan penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. Ayat yang gramatis ialah Pohon-pohon di taman itu tinggi belaka atau Pohon di taman itu tinggi-tinggi.
2. Penggunaan perkataan 'terdapat' dalam ayat tersebut betul, tetapi perlu ada kata sendi nama pada frasa 'Di kawasan rumah'.
Tatabahasa27.02.2012
Adakah betul dan gramatis ayat- ayat berikut ? 1. Dia memagari perkarangan rumahnya. 2. Pohon -pohon buluh memagari kawasan rumahnya. 3. Dia memagarkan pohon- pohon buluh di kawasan rumahnya.

Berdasarkan soalan, Ayat 2 dan 3 betul. 
 Berikut definisi dan contoh ayat agar lebih memahami penggunaan perkataan tersebut.

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa12.12.2012
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera, Kami dari pihak Wong cs Architect ingin memaklumkan pihak tuan berkenaan Nama yang di pohon bagi nama pemajuan pangsapuri. iaitu "SIERRA ANGSANA " . Kami dengan ini meminta jasa baik dari pihak tuan meminta maklum balas dari segi pengunaan bahasa atau pun nama pembangunan " SIERRA ANGSANA " untuk memastikan pelancaran berurusan dengan pihak Majlis Bandaraya tidak di tolak. Dengan itu pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang di berikan oleh pihak tuan. Sekian Terima KasihUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) berserta alasan pemilihan nama tersebut.Lain-lain27.04.2017
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih.Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu:
1. Batu ialah objek yang padu.
2. Beliau seorang pakar mata.
3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi.
4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu.
5. Pengali dalam 3x5 ialah 3.
6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung.
7. Ibu menyidai baju pada penyidai.
8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
9. Adik panas badan sejak malam tadi.
10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai.
Tatabahasa11.03.2013
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009
Saya ingin kepastian mengenai penggunaan perkatan 'pohon' dalam maksud memohon... Saya selalu menerima memo yang mempunyai ayat begini: "Pohon ambil tindakan...." Adakah betul penggunaan di atas? Bagaimana pula dengan : "Mohon keluarkan laporan..." Terima kasih.Perkataan pohon selain bermaksud pokok, juga mempunyai maksud lain, iaitu bermaksud meminta dgn halus (dgn hormat). Pohon juga sama erti dengan mohon.Walau bagaimanapun, untuk ayat yang lebih gramatis, digunakan perkataan mohon. Contoh: mohon ambil tindakan, mohon kerjasama pihak tuan, mohon keluarkan laporan dsb.Tatabahasa28.08.2009
Apakah perbezaan antara tiga yang berikut? tinggi-tinggi belaka tinggi belaka tinggi-tinggiFrasa yang betul ialah tinggi-tinggi belaka dan tinggi-tinggi bergantung pada konteks ayat yang digunakan seperti Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka dan Pejabat kami dikelilingi bangunan yang tinggi-tinggiMakna25.02.2012
kerana keletihan dia tertidur di bawah pohon itu.(adakah terdapat keselahan pada kerana? bolehkah Kerana diletakkan di depan ayat?)'kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan, dan tidak boleh diletakkan di hadapan ayat. Untuk makluman, kata hubung pancangan keterangan atau kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Ayat yang betul ialah: Dia tertidur di bawah pohon itu kerana keletihan.Tatabahasa20.02.2011
12345678

Kembali ke atas