1. perkataan DYYM perlu ada titikah antara huruf.Perkatan Di-raja atau di-raja 2. Maksud perkataan natar | 1. Ejaan yang betul ialah DYYM (tiada titik). 2. Natar bermaksud warna dasar (pada kain) atau disebut juga tanah kain. | Tatabahasa | 25.02.2011 |
Majlis perkahwinan di-Raja --ejaan yang betul ialah ? | Ejaan yang tepat ialah Majlis Perkahwinan Diraja. | Ejaan | 25.08.2010 |
Bilik DiRaja atau Bilik Di Raja | Yang betul ialah Bilik Diraja. | Ejaan | 28.05.2008 |
ejaan sebenar bagi perkataan bandar di Raja Perak | Ejaan yang betul ialah Diraja. | Tatabahasa | 26.10.2014 |
Salam, boleh jelaskan perbezaan ejaan "di raja" berdasarkan nama khas badan tertentu? | Diraja kependekan daripada perkataan adiraja, iaitu suatu gelaran. Diraja dieja sebagai satu perkataan, contohnya Polis Diraja Malaysia. | Ejaan | 30.04.2012 |
Tenun Pahang Diraja atau Tenun Pahang DiRaja atau Tenun Pahang Di Raja | Tenun Pahang Diraja. | Ejaan | 05.08.2014 |
Asalamualaikum, Soalan pertama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang menyeragamkan kepala surat (letter head) seluruh negara. Adakah perlu atau mesti diletakkan tanda koma (,) pada setiap baris ayat ( contoh seperti dibawah). Soalan kedua, adakah perlu diulangi perkataan Kastam Diraja Malaysia selepas Ibu Pejabat atau Ibu Pejabat Kastam sahaja dan soalan ketiga, mana yang betul 'Diraja" atau "Di Raja' atau 'di Raja' atau'Di raja' atau 'DiRaja'. Contoh kepala surat:- JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, IBU PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA, CAWANGAN KOMUNIKASI AWAM, ARAS 7, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, NO. 3, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, 62596 PUTRAJAYA, MALAYSIA. Tetima kasih atas nasihat tuan. | Saudara, 1. Tanda koma perlu diletakkan di setiap baris alamat dan diakhiri dengan tanda titik. 2. Perkataan Kastam Diraja Malaysia yang merupakan nama penuh organisasi digunakan sepenuhnya 3. Perkataan 'Diraja' dieja bersambung, iaitu sebagai satu perkataan. | Lain-lain | 06.08.2009 |
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar. | Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am. | Ejaan | 19.07.2012 |
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi, Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan. | Istilah | 16.02.2017 |
jika saya ingin membuat tentang penggunaan gaya bahasa diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, apakah yang perlu dititikberatkan ? | Untuk maklumat lanjut berkenaan gaya penulisan diksi dalam prosa klasik Hikayat raja-raja pasai, tuan boleh menghubungi Bahagian Penerbitan Sastera di talian 03-21479434. Terima kasih. | Sastera | 14.08.2014 |