Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan. | Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. | Tatabahasa | 20.01.2010 |
Ibu menanyakan adik bila dia akan pulang ATAU Ibu menanyakan kepada adik bila dia akan pulang Ayat yang mana betul? | Selamat pagi Aayat yang betul-Ibu menanyakan adik bila dia akan pulang. | Tatabahasa | 21.09.2016 |
Mohon penjelasan kepada tuan mengenai ayat di bawah: 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. Mengapakah SAYA menjadi objek sipi dan BAHAWA DIA AKAN KE SINGAPURA sebagai objek tepat. Tatabahasa Dewan tidak menjelaskan perkara tersebut. 2. Bolehkah ayat di bawah disongsangkan bentuknya (dikedepankan pelengkapnya): Dia berpendapat bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan. Jawapan diperlukan segera. Sekian, terima kasih. | 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. - pada asalnya saya tidak hadir dalam ayat ini, ayat asal berbunyi (Dia memberitahu bahawa dia akan ke Singapura - objek: bahawa dia akan ke Singapura), apabila ada penambahan perkataan saya - perkataan tersebut menjadi objek sipi. 2. Boleh disongsangkan menjadi "Bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan, pendapatnya". Untuk keterangan lanjut sila rujuk pakar-pakar bahasa. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
Penggunaan kata sendi pada Manakah satu ayat berikut adalah betul? 1) Setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan. 2) Pada setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan. Adakah kata sendi "pada" boleh digugurkan penggunaan dalam konteks ayat (1) ataupun wajib hadir (bersama dengan konteks penggunaan yang menerangkan masa) Sekiranya, setiap = tiap-tiap dan kita mengandaikan bahawa kata sendi "pada" mesti hadir di hadapan ayat maka ayat: 1) Tiap-tiap petang, Ali bermain di padang bola sepak (ayat ini salah kerana tiada kata sendi "pada") Terima kasih | Kedua-dua ayat yang dikemukakan, iaitu 'Setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan.' dan Pada setiap petang, dia akan ke pantai untuk mencari ketenangan.' adalah betul. Tidak ada peraturan yang mengatakan kata sendi 'pada' tidak boleh digugurkan dan wajib hadir dalam konteks tersebut. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
bagaimanakah ingin membezakan penggunaan kata penegas -tah dan -lah? Ayat manakah yang betul? i) Bilalah dia akan muncul? ii)Bilatah dia akan muncul? | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. Manakala tah pula ialah partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?. Ayat yang betul ialah (i) Bilalah dia akan muncul? | Lain-lain | 13.08.2010 |
Ayah menanyakan abang bila dia akan pulang ATAU Ayah menanyakan kepada abang bila dia akan pulang Ayat yang mana betul? | Ayah menanyai Abang tarikh kepulangannya. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
Yang mana satukah ayat yang betul? 1. Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan hari kemerdekaan pada minggu hadapan. atau 2. Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan pada minggu hadapan. Soalan: Adakah hari kemerdekaan merupakan kata nama khas atau kata nama am? | Ayat yang betul ialah “Aqilah sangat teruja kerana dia akan menyaksikan sambutan hari kemerdekaan pada minggu hadapan”. Selanjutnya, hari kemerdekaan ialah kata nama am abstrak yang membawa konsep mujarad atau bukan benda yang nyata. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 85 – 86. | Tatabahasa | 28.05.2024 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Saya yakin dia akan berjaya. (tanpa tanda koma) 2. Saya yakin, dia akan berjaya. (ada tanda koma) Jika ya, apa bezanya? | Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan. | Tatabahasa | 14.10.2017 |
Miki suka meminjam buku. Dia akan menukar buku dengan kawannya. Adakah ayat ini betul | Ayat yang tepat ialah "Miki suka meminjam buku. Dia akan bertukar buku dengan kawannya". Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, dalam ayat di atas, kata menukar dan bertukar berbeza konteks penggunaannya. Menukar bermaksud mengganti dengan yang lain dan bertukar bermaksud memberi dan menerima gantinya, atau saling memberi, maka penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat ini ialah bertukar. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Hi, saya ada masalah ketika menghantar soalan dalam khidmat nasihat DBP. Dia akan tunjukkan ada masalah dan kadang-kadang dia akan tunjuk soalan diterima tetapi saya tidak nampak dalam rekod pertanyaan dan tidak menerima emel. Saya sudah cuba beberapa kali tetapi juga sama. | Selamat Sejahtera. Sila log masuk dan klik "Rekod Pertanyaan" bagi melihat soalan dan status pertanyaan. | Lain-lain | 05.05.2024 |