Benarkah tatabahasa bahasa Melayu boleh diabaikan dalam penulisan lirik lagu dan puisi ? Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pantun, syair dan gurindam lama yang salah tatabahasa. Begitu juga sajak-sajak daripada penulis mapan yang jelas salah penggunaan tatabahasa. Apatah lagi lirik lagu masa kini yang mengabaikan terus kesantunan bertatabahasa. | DBP ada menerbitkan sebuah buku "Memahami Gaya Bahasa" oleh Rahman Shaari. Dalam buku tersebut penulisnya ada membincangkan tentang 'Hubungan Tatabahasa dengan Puisi' dan tentang 'Licentia Poetica'. Buku terbitan tahun 1993 boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.11.2009 |
Bolehtah dirumuskan bahawa jenis digunakan selepas kata nama maujud? Contohnya, pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis kek. Untuk kata nama abstrak, jenis boleh diabaikan selepas pelbagai. Contohnya, pelbagai aktiviti, pelbagai haiwan, pelbagai sayur, pelbagai buah dan lain-lain. | Jenis bermaksud golongan benda termasuklah binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya. Ini bermakna kata nama jenis boleh digandingkan dengan pelbagai kata dan tidak ada panduan dalam buku tatabahasa yang menetapkan golongan kata tertentu sahaja boleh bergandingan dengan kata jenis. | Lain-lain | 14.03.2012 |
Kenapa singkatan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-2 ditulis klia2 sedangkan mengikut peraturan sepatutnya KLIA2? Kenapa tidak ditulis dalam bahasa rasmi negara LTAKL2? Kenapa bahasa Melayu diabaikan? Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai. | Tatabahasa | 09.05.2014 |
apa beza antara tidak dan bukan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262. | Istilah | 21.10.2009 |
slm sjtr. apakah perbezaan antara perkataan "tidak" dengan perkataan "tiada". dlm ayat atau gambaran macam mana perkataan ini digunakan. masalah yang sama dengan perkataan "baru" dengan "bharu"...... terima kasih atas pertolongan tuan. | Tidak bermaksud digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; Tiada bermaksud 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya; dgn ~ tanpa; Baru/Baharu sebagai kata sifat dalam penggunaan kereta baru/baharu;rumah baru/baharu. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini atau saya baru sampai. | Tatabahasa | 20.03.2008 |
Assamualaikum, saya ingin mengemukakan soalan berkaitan kata sisipan, mengapakah kata sisipan ini dikatakan amat terhad dan tidak produktif sifatnya dalam bahasa melayu? | Terdapat enam jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi.Imbuhan yang paling tidak popular penggunaannya ialah sisipan. Walau bagaimanapun, bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Justeru, walaupun pengimbuhan sisipan tidak lagi popular dan dianggap membeku kerana tidak berkembang, namun kita perlu melakukan kajian terhadap proses ini agar tidak terus diabaikan. | Tatabahasa | 16.07.2018 |