apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; | Makna | 05.07.2010 |
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai beberapa maksud iaitu adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat). Saudara yang budiman, Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.10.2018 |