minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni? | Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-num-an 2. per-tu-kar-an 3. ha - di - ah Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-nu-man 2. per-tu-ka-ran 3. ha-diah | Ejaan | 04.10.2013 |
Apakah suku kata untuk perkataan "hadiah"? "ha di ah" atau "ha diah" ? Terima kasih | Pemisahan suku kata yang betul untuk "hadiah" ialah ha-di-ah. | Ejaan | 31.08.2012 |
Abrar Sabawi Dec 26th, 3:49am Salam,adakah saya boleh dapatkan buku keluaran dbp secara online? | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.12.2014 |
Tansri Azizi Jan 24th, 6:05pm DBP masih ada stok buku sastera politik dan masyarakat tulisan Abdul rahman embong terbitan thun 2014 | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.01.2015 |
Tansri Azizi Nov 14th, 10:55pm salam..saya ingin membeli buku PERTEMBUNGAN TAMADUN DAN PEMBENTUKAN SEMULA ORDE DUNIA, 2008 terbitan DBP..harap masih ada... | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.11.2014 |
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Saya sedang menyiapkan dua buah kamus untuk murid prasekolah dan murid sekolah rendah. Jadi, saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata yang sesuai untuk digunakan dalam kedua-dua kamus tersebut sama ada pemenggalan suku kata berdasarkan ejaan atau pemenggalan suku kata berdasarkan sebutan? Saya ingin bertanya tentang pemenggalan perkataan tersebut, iaitu laut, main, koir, hadiah sama ada la/ut atau laut, ma/in atau main, ko/ir atau koir dan ha/di/ah atau ha/diah? Oleh itu, pemenggalan suku kata yang manakah perlu saya gunakan? Terima kasih. | Menurut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1972-1992); Pemisahan suku kata pada kata dasar adalah sebagai berikut: a. Kalau di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan, pemisahan tersebut dilakukan di antara kedua-dua vokal itu. Misalnya: ma-in, sa-at, bu-ah, li-ar. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), pemenggalan bagi sebutan bahasa Melayu bagi kata laut, hadiah, main dan koir ialah [la.ut], [ha.di.ah], [ma.in] dan [ko.ir]. | Ejaan | 15.08.2024 |
Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:06pm Salam Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:07pm Sy Ain. Sy nk tnya bagaimana hendak register dgn DBP tentang pembelian buku2 & majalah. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Coz sy merupakan pembekal buku2 & majalah di sekolah2. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm So sy berminat utk berdaftar dgn DBP. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Bgaimana caranya? | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.02.2015 |
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih. | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.01.2015 |
Maslina Ngadiman Dec 12th, 10:40am Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin meminta sebut harga bagi beberapa judul buku. Mohon berikan saya nombor telefon ataupun faks, juga nama pegawai pemasaran yang bertugas. Saya cuba gunakan nombor telefon yang tertera di laman web namun sudah tiada dalam perkhidmatan. Sekian. Segala bantuan saya ucapkan terima kasih. Maslina Ngadiman Kedai buku Pustaka Azhar. | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.12.2014 |