Adakah perkataan 'mahu' hanya digunakan untuk menunjukkan hasrat atau keinginan seseorang apabila diajak, dijemput, atau dipelawa untuk tujuan tertentu? Contoh ayat: 1. Saya mahu pergi ke majlis perkahwinan Azizan atas jemputannya. 2. Adik masih tidak mahu membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu. 3. Sesiapa yang mahu mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Penggunaan 'mahu' dalam ayat kedua dan ketiga betul atau tidak? Sila beri penjelasan yang sewajarnya atau membuat perbandingan supaya saya jelas. Terima Kasih. | Penggunaan kata “mahu” dalam ayat kedua dan ketiga adalah betul kerana selain membawa maksud hasrat atau keinginan, perkataan mahu juga bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: bp maksud, keinginan, tujuan ( Kamus Dewan Edisi ketiga). Oleh itu, dalam ayat kedua “Adik masih tidak mahu (membawa maksud tidak suka hendak) membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu.Dalam ayat ketiga, “ Sesiapa yang mahu ( hendak) mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Perkataan dalam kurungan ialah maksud bagi perkataan “mahu”. | Tatabahasa | 15.03.2018 |