Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diajar

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak usah itik diajar berenang.

Bermaksud :

Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya berenang).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, Soalan saya,Saya sebagai guru tadika ingin tahu pada masa kini,Bahasa Malaysia diajar melalui sebutan atau diajar melalui suku kata. Contohnya perkatan durian, fail dan buah-buahan. Adakan ejaannya seperti berikut:-du+ri+an / fa+il / bu+ah-bu+ah+an atau du+rian / fail + buah+bua+han. Saya mendapati bahawa kebanyakan penerbitan mempunyai suku kata atau ejaan yang berlainan. Dimana saya boleh mendapat sebuah buku ejaan terkini yang betul, sila beritahu secepat mungkin. Beribuan terima kasih atas pertolongan tuan/puan.Lazimnya, murid tadika diajar pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. Oleh itu pemenggalan berdasarkan sebutan untuk durian = du + rian, fail = fail,  buah-buahan = buah+bua+han. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP tahun 2008 untuk tujuan tersebut.  Istilah17.03.2010
"...diajar oleh guru" atau "...diajarkan oleh guru"? Penggunaan yang manakah lebih tepat?
Menurut data kami, ayat yang betul ialah "...diajar oleh guru".
Tatabahasa23.11.2016
Ayat manakah yang betul? 1. Sejak mereka masih kecil, kedua-dua ADIK-BERADIK itu telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati tetamu. atau 2. Sejak mereka masih kecil, kedua-dua BERADIK itu telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati tetamu.Ayat yang betul ialah:
1. Sejak mereka masih kecil, kedua-dua ADIK-BERADIK itu telah diajar oleh ibu bapa mereka supaya menghormati tetamu.
Tatabahasa06.11.2014
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurungBerdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa13.08.2007
Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya.

Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3)  menitikberatkan  kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan.

 

Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4.

 

Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti  ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru.  Perincian tentang definisi/konsep  diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau  diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Tatabahasa15.05.2013
Yang mana ayat yang betul antara "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua adik-beradik itu telah diajar supaya taat beragama" atau "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua beradik itu telah diajar supaya taat beragama"

Kedua-dua ayat contoh yang diberikan itu tidak tepat dari segi tatabahasa. Ayat tersebut tergantung, tiada subjek dan tidak lengkap.

Tatabahasa29.10.2009
manakah ayat yang paling sesuai dari dua contoh berikut: contoh 1 : Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah 4 dan 3 mata pelajaran masing-masing. Contoh 2: Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah masing-masing 4 dan 3 mata pelajaran. mohon pembetulan. tq.Ayat yang sesuai ialah ayat kedua.Lain-lain06.07.2015
sebagai guru saya diajar (semasa berkursus) dan mengajar anak murid saya kata ganti nama diri ia hanya untuk menggantikan manusia, tetapi dalam berita ia digunakan untuk menggantikan semua perkara di dunia ini. Mengapa kita tidak ada kata yang sepakat dalam hal ini? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang.Tatabahasa07.04.2012
Walaupun kita sudah sekian lama diajar bahawa "jika" dan "sekiranya" adalah sinonim, tetapi saya rasa kedua-dua perkataan ini ada perbezaan dari segi penggunaannya dalam ayat. Sila jelaskan perbezaan tersebut. Terima Kasih'Jika' ialah kata penghubung yang menyatakan syarat (janji); kalau. 'Sekiranya' bermaksud kalau atau kiranya. Dari segi makna, 'jika' dan 'sekiranya'  mempumyai makna yang sama. Penggunaan kedua-dua perkataan ini adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain.Makna10.06.2008
Saya ingin tahu apakah seribu perkataan pertama yang sesuai diajar kepada murid sekolah rendah. Terima kasih.Mohon maaf,  pihak kami tiada maklumat dan data yang tepat untuk menjawab soalan ini.Lain-lain27.03.2019
12345

Kembali ke atas