1. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat-ayat berkenaan betul? (soalan PMR 2012) Apakah kesalahannya? | 1. Murid-murid tadika itu diajari cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. diajari bukan diajarkan kerana diajari bermaksud diajar seseorang manakala diajarkan bermaksud diajar sesuatu. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
"...diajar oleh guru" atau "...diajarkan oleh guru"? Penggunaan yang manakah lebih tepat? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah "...diajar oleh guru". | Tatabahasa | 23.11.2016 |
Yang manakah betul? 1. Murid-murid itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Murid-murid itu diajar cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. | Ayat yang betul ialah Murid-murid itu diajar cara membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. | Tatabahasa | 21.05.2022 |
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurung | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 13.08.2007 |
Jelaskan bagaimana bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa besar dunia. | Bahasa Melayu diajarkan di beberapa universiti di luar negara antaranya di negeri China, Jepun, Korea, Thailand dan Australia. Bahasa Melayu digunakan oleh para penyelidik di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu diterima dan digunakan di dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bahasa Melayu diterima dan digunakan dalam persidangan,seminar, forum dan seumpamanya di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 26.09.2007 |
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan' | Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran. | Lain-lain | 09.12.2016 |
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’? | “Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab. “Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang. Contoh ayat: i. 1. Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya. ii. 2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
Adakah tepat penggunaan perkataan "Agong" seperti dalam ayat: "Agong merupakan ketua negara di negara kita?". Sekiranya tidak tepat, adakah penggunaan penulisan ayat tersebut sesuai untuk diajarkan kepada kanak-kanak bawah 6 tahun, kerana mungkin rumit bagi mereka untuk mengingati terma "Yang di-Pertuan Agong". | "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" merupakan gelaran untuk Ketua Negara Malaysia yang digunakan merujuk kepada pemakaian gelaran. Namun, dalam konteks umum, perkataan "Agong" boleh digunakan bagi merujuk kepada "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong", seperti contoh ayat yang berikut: "Esok cuti kerana hari jadi Agong." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 23. | Lain-lain | 30.07.2024 |
Adakah tepat penggunaan perkataan "Agong" seperti dalam ayat: "Agong merupakan ketua negara di negara kita?". Sekiranya tidak tepat, adakah penggunaan penulisan ayat tersebut sesuai untuk diajarkan kepada kanak-kanak bawah 10 tahun, kerana mungkin rumit bagi mereka untuk mengingati terma "Yang di-Pertuan Agong". | "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" merupakan gelaran untuk Ketua Negara Malaysia yang digunakan merujuk kepada pemakaian gelaran. Namun, dalam konteks umum, perkataan "Agong" boleh digunakan bagi merujuk kepada "Yang di-Pertuan Agong" atau “Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong", seperti contoh ayat yang berikut: "Esok cuti kerana hari jadi Agong." Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 23. | Lain-lain | 30.07.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. | Makna | 26.04.2012 |