| assalamualaikum w.b.t Mohon kepastian bagi tujuan gelaran untuk surat rasmi; adakah gelar pada permulaan surat tersebut digunapakai bagi merujuk kepada penama yang dialamatkan i.e Pengarah Jabatan (Dato') atau kepada pegawai yang bertanggungjawab (Encik/Puan)? | Pada kelazimannya sapaan dalam surat berdasarkan penerimanya. Contohnya, penerima YBhg. Dato' Ali bin Ahmad, Pengarah Tanah dan Galian …, maka sapaan dalam surat hendaklah mengikut gelarannya, manakala sekiranya surat dialamatkan kepada Pejabat Tanah dan Galian, … 25990 Kuantan, Pahang. (u.p.: Encik Jasni bin Abas), maka sapaan surat hendaklah berdasarkan penerimanya, iaitu Encik Jasni bin Abas. Dalam contoh yang kedua, hanya untuk perhatian yang diberikan nama. | Tatabahasa | 14.04.2021 |
| Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4) | Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 04.08.2010 |
| Assalamualaikum dan selamat petang .Saya ingin bertanyakkan tentang buku .Kami dari Kolej Poly Tech Mara Bangi ingin memohon sumbangan buku untuk program kami akan datang .Bagaimanakah cara untuk memohonnya ? Terima kaasih. | Salam puan budiman, Sebarang permohonan buku, bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 30, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur Maklumat PA- Siti Zarinah binti Hailani No. Telefon: 03-2147 9011 No. Faks: 03-2147 9601 Alamat E-mel: szalina@dbp.gov.my | Lain-lain | 22.08.2019 |
| Permohonan bagi mendapatkan khidmat kepakaran untuk menyampaikan taklimat dalam bengkel penulisan dan terjemahan. | Salam sejahtera, Khidmat Kepakaran Bengkel Untuk makluman permohonan kursus DBP bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi: Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/ Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 E-mel: akademi@dbp.gov.my | Lain-lain | 20.01.2022 |
| MeLissa CN Jul 3rd, 7:45pm salam..boleh saya tahu bagaimana cara untuk menghantar cerpen saya untuk menyertai peraduan penulisan cerpen penulis muda asia tenggara 2014..perlukah saya mengeposkannya atau saya boleh menghantar e-mel? | Salam, Puan boleh melayari laman web DBP untuk keterangan lanjut. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada: Sekretariat Tetap ASEAN Young Writers Award (Malaysia) Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-21479123 Faks: 03-21479610 E-mel: seawriteawards@dbp.gov.my (Borang penyertaan boleh diperoleh dengan melayari laman web: www.dbp.gov.my) Tarikh tutup pencalonan : 21 Julai 2014 | Lain-lain | 03.07.2014 |
| Sekadar ingin bertanya, adakah pihak DBP menyediakan peruntukan daripada segi kewangan dan sijil sekiranya ada persatuan di universiti ingin mengadakan program yg kearah untuk memartabatkan jawi.? | Salam puan budiman, program jawi Sebarang permohonan berkaitan program jawi bolehlah dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Aras 19, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi: Nama: Puan Ariza binti Che Ismail Bahagian: Bahagian Promosi dan Pengiktirafan Samb./No.Telefon03-21479122 E-mel: ariza@dbp.gov.my Sekian, untuk pemakluman. | Lain-lain | 14.10.2020 |
| Hairi Jamil Assalamualaikum... Saya nak bertanyakan soalan Bagaimanakah cara dan prosedur untuk memohon penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Dan dengan siapa kami perlu berhubung untuk tempahan Terima kasih | WaƔlaikummussalam.... Penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka adalah di bawah kendalian Bahagian Pentadbiran Am. Sebarang permohonan sewaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50640 Kuala Lumpur. 2. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat permohonan adalah: i) Nama Majlis ii) Waktu Penggunaan iii) Senarai Keperluan Peralatan semasa majlis berlangsung 3. Berikut kadar Sewaan bagi Auditorium DBP: Deposit penyewaan : RM500.00 Untuk Tempoh setiap jam : I) Hari Bekerja = RM500.00 ii) Hari Cuti Umum = RM 625.00 Pakej penggunaan 8 jam : I) Hari bekerja = RM4,000.00 ii) Hari Cuti Umum = RM5,000.00 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-21479708. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BAHASA JIWA BANGSA" Saya yang menurut perintah, (ZAWIYAH BINTI ABD KARIM) Penolong Pegawai Tadbir (N27) Bahagian Pentadbiran Am, Dewan Bahasa dan Pustaka. b.p. Ketua Bahagian Pentadbiran Am. | Lain-lain | 29.05.2014 |
| Assalamualaikum saya ingin menghantar Manuskrip karya saya untuk diterbitkan dengan dbp. kepada pegawai dbp manakah yang perlu saya berurusan? Terima kasih. | PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Penghantaran manuskrip bolehlah dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun) Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my sekian, terima kasih | Lain-lain | 21.09.2022 |
| Bagaimanakah caranya jika saya ingin menghantar penulisan untuk penerbitan kepada DBP? | PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku umum kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bolehlah dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun) Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.10.2022 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya nak tanya, kalau saya ada cipta karya puisi dan nak karya saya disiarkan, adakah saya mesti hantar karya saya kepada DBP? | Waalaikumusalam wbk. Sdr. boleh menghantar karya puisi tersebut ke pelbagai penerbitan terutama di akhbar-akhbar mingguan tempatan atau di majalah terbitan DBP. Kiriman puisi ke majalah terbitan DBP bolehlah dialamatkan kepada: Editor, Majalah Dewan Pelajar/Majalah Dewan Siswa/Majalah Dewan Sastera/Majalah Pelita Bahasa (pilih mana yang berkenaan), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian, selamat berkarya dan selamat berjaya! | Lain-lain | 18.12.2008 |