Adakan perkataan 'cakna' telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi dan boleh digunakan dalam penulisan diperingkat peperiksaan awam? | Dalam Kamus Dewan perkataan cakna dilabelkan sebagai dialek Terengganu dan lazimnya penggunaannya lebih banyak ditemukan dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanapun dalam pangkalan data kami banyak juga ditemukan judul buku atau makalah yang berkaitan cakna seperti Siri Cakna Bahasa: Antonim dan Siri Cakna Bahasa: Simpulan Bahasa. Berdasarkan dapatan tersebut kita dapati penggunaan kata cakna semakin meluas dan digunakan dalam ranah rasmi. | Istilah | 14.10.2012 |
Assalamu'alaikum. Soalan saya berkaitan istilah beranda rumah dalam dailek Terengganu. Setahu saya dan saya biasa dalam perbualan harian menggunakan 'Lambo' yang merujuk pada perkataan beranda rumah. Saya membuat pencarian di prpm, namun tidak saya temui. Paling dekat yang saya jumpa dalam prpm adalah 'Lambung' yang membawa maksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Adakah perkataan 'Lambo' asalnya daripada perkataan 'Lambung'? | Untuk makluman belum ada istilah dialek Terengganu bagi maksud Lambo dalam sistem PRPM kami. Walau bagaimanapun, istilah Lambo membawa maksud beranda. Manakala Lambung pula bermaksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Maka Istilah Lambung dan Lambo memberikan dua maksud yang berbeza dan istilah lambung bukan berasal daripada dialek Terengganu atau perak iaitu Lambo. | Makna | 16.02.2016 |
assalamualaikum. Saya ingin mengetahui penggunaan situasi sekarang dalam dialek sosial. Diharap pihak tuan dapat memberi beberapa bahan yang boleh menjadi rujukan kepada saya untuk menjalankan tugasan saya | Dialek sosial dapat kita perhatikan dalam suatu acara tidak rasmi, misalnya suatu kelompok penutur dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Sarawak, atau Johor yg sedang berinteraksi sesama mereka. Antara contoh buku untuk rujukan yang telah diterbitkan ialah Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk kajian sdr. | Lain-lain | 03.10.2006 |
apakah permasalahan sintaksis yang dapat dibincangkan dalam struktur ayat bahasa Melayu? selain itu juga permasalahan sintaksis yang terdapat dalam dialek seperti dialek kedah, terengganu dan dialek lain. | Menurut Kamus Dewan, sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. bagi membantu saudara menjawab permasalahan di atas, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku sintaksis bahasa Melayu atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
saya nak tanya ttg Dialek.. Apakah Perbezaan dialek dari segi sebutan, kata ganti nama diri dan juga kosa kata... terutama bagi dialek utara, kelantan, terengganu dan negeri sembilan... terima kasih | Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, atau disebut loghat. Soalan yang berbentuk tugasan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, sila rujuk buku/makalah/kerja kerja yang berkaitan dengan tajuk tugasan tersebut. | Lain-lain | 07.03.2012 |
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan. | Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
saya ingin bertanya,,buku terbitan Asmah hj omar yg manakah yang saya boleh rujuk untuk cari maksud dialek dengan lebih terperinci ? | Sila rujuk buku Asmah Haji Omar, Essays on Malaysian Linguistics dan Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu.
Antara contoh buku untuk rujukan yang telah diterbitkan ialah Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. | Lain-lain | 19.07.2013 |
tuan, menurut Hikayat seri kelantan (...Tuk Ca itu apa maksud ia mari serta langgar negeri kita ini kerana ia orang kebenaran, tentulah ia beroyat dengan betul) tuan, saya tak dapat cari maksud beroyat, apakah maksud ini? TQ | Royat ialah dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bermaksud menceritakan atau memberitahukan. Lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=royat untuk maklumat lanjut. | Makna | 18.01.2012 |