Saya sedang menulis tesis PHD di dalam Bahasa Malaysia dan memerlukan bantuan pihak DBP untuk mendapatkan terjemahan Bahasa Inggeris kepada istilah Bahasa Malaysia yang saya tidak temui di dalam kamus. Istilah tersebut ialah "Perceived Learning". Di harap pihak DBP dapat membantu. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perceived learning. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk perceived, iaitu amatan, diamati, anggapan dan tanggapan. Istilah bahasa Melayu untuk learning ialah pembelajaran. Dalam bidang Pendidikan, terdapat istilah perceive yang padanan bahasa Melayunya ialah mengamati. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk perceived learning ialah pembelajaran amatan. | Istilah | 22.10.2012 |