Apakah ayat yang lebih sesuai? Telah diambil tindakan @ tindakan telah diambil? | Ayat yang betul ialah Tindakan telah diambil. | Tatabahasa | 22.04.2011 |
Gaza Care | Cadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatian | Lain-lain | 12.02.2009 |
tuan, syarikat itu telah diambil kira oleh sebuah syarikat antarabangsa. (diambil kira wajar digantikan dengan kata apa? tq) | Perkataan yang sesuai ialah ambil alih. (Syarikat itu telah diambil alih oleh sebuah syarikat antarabangsa.) | Istilah | 09.08.2011 |
perkataan juta diambil dari bahasa apa... | Juta berasal daripada bahasa Sanskrit. | Lain-lain | 04.07.2008 |
PERKATAAN 'KOHOT' DIAMBIL DARIPADA BAHASA APA? ADAKAH PERKATAAN ITU DIIKTIRAF OLEH DBP? | Perkataan 'kohot' adalah daripada perkataan dalam bahasa Inggeris 'cohort'. Ejaan yang betul bagi perkataan ini ialah 'kohort' dan telah pun disenaraikan di dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 261. | Istilah | 20.01.2008 |
Ubat hendaklah diambil 3 kali sehari atau dimakan 3 kali sehari. | Arahan yang betul ialah 'Dimakan tiga kali sehari'. | Tatabahasa | 20.12.2007 |
tuan pandangan orang tua-tua harus diambil kira dan ditimbang sebelum sebarang tindakan diambil. tuan, mengikut jawaban buku, ditimbang adalah salah. tetapi saya merujuk kamus bahawa menimbangkan sama dengan menimbang maka, saya kekeliruan bahawa sama ada ayat itu betul atau tidak. tq | Merujuk Kamus Dewan, salah satu makna menimbangkan ialah menimbang, iaitu memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu. Berdasarkan makna tersebut, ayat itu betul. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
saya mendapat tahu bahawa perkataan juta diambil daripada bahasa lain. saya ingin tahu dari bahasa apa perkataan itu diambil dan apakah maksud perkataan itu di bahasa asal perkataan itu.. sekian terima kasih.. | Juta berasal daripada bahasa Sanskrit. | Lain-lain | 04.07.2008 |
Bagaimana mengenali 18 pola keselarasan vokal dalam cerpen? Adakah ia diambil dalam kata dasar sahaja atau boleh diambil dalam perkataan yang mempunyai imbuhan? Sebagai contohnya, u-u = bunuh (kata dasar) atau pembunuhan (bersama imubuhan). Walaupun perkataan yang mempunyai imbuhan boleh dikira sebagai pola keselarasan vokal? terima kasih | Pola keselarasan vokal boleh ditemukan dalam kata dasar dua suku kata atau dua suku kata terakhir. Berdasarkan contoh yang saudara berikan pola keselarasan vokal boleh dilihat dalam perkataan bunuh dan imbuh. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib? | Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain. | Tatabahasa | 23.08.2011 |