Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, syarikat itu telah diambil kira oleh sebuah syarikat antarabangsa. (diambil kira wajar digantikan dengan kata apa? tq)Perkataan yang sesuai ialah ambil alih. (Syarikat itu telah diambil alih oleh sebuah syarikat antarabangsa.)Istilah09.08.2011
Bolehkah padanan bagi “uncorrected” dalam konteks ayat di bawah ini dipadankan dengan “tidak diambil kira” atau terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas. 246. (2) Jam shall contain not less than 65 per cent of soluble solids determined by refractometry at 20°C that is uncorrected for insoluble solids. 246. (2) Jem hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 65 peratus pepejal larut yang ditentukan dengan refraktometri pada 20°C yang tidak diambil kira untuk pepejal tidak larut.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, uncorrected lebih tepat dipadankan dengan "tidak diambil kira".

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain30.06.2021
saya ingin mengetahui kriteria yang diambil kira untuk menentukan bayaran royalti untuk sesuatu hasil tulisan

Untuk makluman saudara, penentuan kadar royalti yang dibayar kepada penulis bagi buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah berdasarkan jenis/peringkat sesuatu karya tersebut (kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga pengajian tinggi). Terima kasih.

Lain-lain17.11.2009
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA.Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang.Tatabahasa03.05.2017
Tuan, Menurut kamus dewan, bersemuka bermaksud berhadapan. Dalam situasi pandemik sekarang, adakah bersemuka boleh diambil kira secara dalam talian? Atau bersemuka mesti dengan kehadiran secara fizikal. Terima kasih.
Saya merujuk kepada takrif "bersemuka" dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) iaitu:

bersemuka ktt 1 bertemu atau berjumpa dgn sso atau sst pihak secara berhadapan-hadapan utk berbincang, bertukar-tukar pandangan dsb: Masalah tsb pasti dapat diselesaikan dgn baik sekiranya kedua-dua pihak bersemuka.Azlan memberanikan dirinya utk bersemuka dgn ketuanya.Ibu bapa perlu bersemuka dgn pihak sekolah jika ada sebarang masalah. 2 ...

Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa "bersemuka" melibatkan pertemuan atau perjumpaan secara fizikal, bukan secara dalam talian.





Lain-lain28.05.2021
Ayat Majmuk Gabungan digabungkan menggunakan kata hubung "dan". Contohnya, Ali dan bapanya mencuci kereta. Adakah ayat berikut diambil kira sebagai ayat majmuk gabungan juga? Kenapa? Ali mencuci kereta bersama bapanya. Ali mencuci kereta dengan bapanya. Terima kasih.
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Bagi ayat di atas, ayat yang digabungkan adalah seperti yang berikut:

1. Ali mencuci kereta.
2. Bapanya mencuci kereta.

Ayat majmuk gabungan: Ali dan bapanya mencuci kereta.
Tatabahasa30.05.2022
tuan pandangan orang tua-tua harus diambil kira dan ditimbang sebelum sebarang tindakan diambil. tuan, mengikut jawaban buku, ditimbang adalah salah. tetapi saya merujuk kamus bahawa menimbangkan sama dengan menimbang maka, saya kekeliruan bahawa sama ada ayat itu betul atau tidak. tq

Merujuk Kamus Dewan, salah satu makna menimbangkan ialah menimbang, iaitu memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu. Berdasarkan makna tersebut, ayat itu betul.

Tatabahasa19.09.2011
Selamat sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (m/s 166), imbuhan ber- yang mirip dengan pengertian pasif itu dikira kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Contoh: Baju saya belum berbasuh. Kata kerja berbasuh diambil kira sebagai kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Sekian, terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa perkataan tersebut (seperti contoh yang diberikan) mirip dengan pengertian pasif tetapi kelas kata tetap kata kerja tak transitif.Tatabahasa11.01.2012
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan MelayuSecara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih.Lain-lain05.01.2007
Saya ingin meminta nasihat penggunaan perkataan berikut perlu dijarakkan atau disambungkan :- 1. Walau bagaimanapun 2. Diambilkira 3. Digunapakai

Perkataan tersebut dieja terpisah sebagai dua perkataan.

1. Walau bagaimanapun

1. Diambil kira

3. Diguna pakai 

Istilah16.11.2009
123

Kembali ke atas