Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DiLa DiaNa Jul 9th, 9:16am Tumpang tanya, Macam mana saya mahu menghantar karya ke DBP? saya mahu hantar karya seperti sajak dan cerpen. Terima kasih.Salam, Puan bolehlah berhubung dengan Puan Nazmah binti Ani, Perancang Bahasa di Bahagian Buku Sastera di talian 03-21479512 atau e-mel nazmah@dbp.gov.my untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Lain-lain09.07.2014
"Mohon bantuan. Saya keliru tentang ayat manakah yang betul. 1. Pertandingan nyanyian itu akan Mawi dan Diana sertai. 2. Cikgu Maziah menunjukkan panduan menulis karangan kepada saya. Mohon pencerahan.... :)Terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat pertama. Ayat yang betul ialah Pertandingan nyanyian itu akan disertai oleh Mawi dan Diana. Ayat kedua betul.Tatabahasa13.03.2013
Apakah fungsi sementara dan untuk dalam semua ayat di bawah: 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai 2. Hidup di dunia ini hanya sementara. 3. Hadiah ini untuk adik. 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajran. 6. Diana membeli buku untuk adik saya. Mohon diberi penjelasan fungsi/jenis kata. Terima kasih.1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung
2. Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif
3. Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama
4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung
5. Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung
6. Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama
Tatabahasa05.12.2012
Saya ingin bertanya penggunaan beberapa perkataan dalam ayat: 1. Berbanding atau berbanding dengan (yang manakah tepat) 2. Bersama atau bersama-sama atau bersama-sama dengan( yang manakah tepat) 3. Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam atau dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. (yang manakah tepat) terima kasih dari Diana1. Penggunaan yang betul ialah berbanding dengan.
2. Bersama dan bersama-sama kedua-duanya betul.
3. Dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam.
Tatabahasa22.02.2012
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih.Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah).Tatabahasa08.01.2013
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing?

Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.

Lain-lain11.09.2017

Kembali ke atas