Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'? | Salam sejahtera, perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.10.2020 |
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'? | Salam sejahtera, perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 01.10.2020 |
Adakah 'paling' dianggap sebagai kata penguat bebas? Contohnya, Pelajar itu paling tinggi di dalam kelas atau Pelajar itu tinggi paling di dalam kelas. Terima kasih. | Paling ialah kata penguat hadapan. kata penguat bebas ialah amat, sangat dan sungguh. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian | Saudara, Jawapan yang tepat ialah: 1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan' 2. Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula, perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. 3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. 4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina' Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Mengapakah lekafon dieja dekat? Adakah leka- dianggap awalan sama seperti pra-, pasca- dan swa- atau -fon dianggap sebagai akhiran seperti - wan, -wati. | Perkataan leka bukan tergolong dalam kumpulan imbuhan awalan atau dan akhiran. Perkataan lekafon diambil daripada istilah sumber bahasa Inggeris, iaitu “phubbing”. Kata asal istilah “phubbing” adalah daripada gabungan perkataan “phone” dan “snubbing” (Phone + snubbing). “Phone” bermaksud telefon manakala “snubbing” bermaksud tidak mempedulikan, mengendahkan atau leka. Gabungan perkataan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan leka telefon atau akronimnya lekafon. | Istilah | 28.06.2018 |
Dalam konteks tatabahasa, adakah Malaysia boleh dianggap sebagai kata ganti diri nama dalam ayat berikut? Adakah ayat di bawah dianggap gramatis? "Malaysia menyaksikan pelbagai perayaan kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum." | Contoh ayat yang diberikan tidak tepat dan “Malaysia” bukan kata ganti nama diri. Ayat yang betul ialah “Pelbagai perayaan dapat disaksikan di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.” Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) hlmn. 101 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Kata Ganti Nama.
| Tatabahasa | 21.01.2024 |
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, sangat cantik nian , sungguh besar betul dianggap betul. Adakah menurut tatabahasa baru, "begitu cantik sekali", "terlalu tinggi benar" pun dianggap betul? Kenapa bahagian kata penguat adjektif sentiasa berubah sejak edisi pertama hingga edisi ketiga? Hal ini memang mengelirukan golongan pelajar kerana sentiasa berubah. | "begitu cantik sekali" dan "terlalu tinggi benar" kedua-dua ungkapan tersebut betul, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. Sebarang perubahan (jika ada) bertujuan untuk penambahbaikan. | Tatabahasa | 22.02.2009 |
Salam sejahtera, Mengenai slanga, adakah bahasa kependekan (bp), tergulung di dalam kategori ini? Bolehkan, ni (ini), tu (itu) dll dianggap sebagai slanga? Bagaimana pula dengan perkataan okey? Adakah ianya dianggap sebagai slanga? Saya juga ingin tahu sama ada perkataan slanga, apabila digunakan dengan partikel "lah", perlukah ia disambungkan? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Ni, tu dan okey dianggap sebagai slanga kerana hanya digunakan dalam bahasa percakapan tidak rasmi. Okey dalam bahasa rasmi ditulis baiklah. Bagi semua perkataan yang ditulis dengan partikel “lah”, hendaklah dieja bersambung (nilah, tulah). Walau bagaimanapun, ayat yang gramatis ialah inilah dan itulah.
| Istilah | 17.04.2020 |
Saya membeli banyak buah. Ayat di atas dianggap salah kerana melanggar hukum binaan frasa kerja aktif transitif, iaitu kata kerja aktif transitif 'membeli' tidak diikuti terus oleh objek. Namun demikian, mengapakah ayat di bawah ini dianggap betul? Saya membeli tiga biji buah. Sedangkan 'banyak' dan 'tiga' merupakan kata bilangan yang boleh digunakan dalam binaan frasa nama. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 11.06.2016 |
Salam sejahtera, Gambar menunjukan poster Kempen Sayangi Ibu Bapa. (Adakah Kempen Sayangi Ibu Bapa dianggap sebagai kata nama khas?) | Sekiranya Kempen Sayangi Ibu Bapa merupakan nama untuk kempen tersebut, maka nama tersebut dianggap sebagai kata nama khas. | Ejaan | 09.06.2020 |