Salam, apakah penggunaan yang mana kertas cadangan diangkat ke mesyuarat atau kertas cadangan diangkat kepada mesyuarat | Perkataan yang sesuai digunakan pada masa ini ialah "dikemukakan" contohnya: Kertas Cadangan itu akan dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan. | Lain-lain | 14.06.2017 |
Salam. Adalah awalan "ku-" masih bersambung dengan kata selepasnya sekiranya perkataan tersebut mempunyai awalan "di-"? Contohnya "diangkat", adakah "kudiangkat" betul atau "ku diangkat"? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "kudiangkat." Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku) boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. | Lain-lain | 30.07.2023 |
Penggunaan ke atau pada yg betul dalam ayat di bawah. Jasanya tidak sempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. | Ayat yang betul ialah Jasanya tidak sempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. | Tatabahasa | 23.04.2016 |
Mohon pengesahan DBP ayat di bawah yang mana lebih sesuai digunakan di dalam Minit Mesyuarat? (i) bersetuju mengesyorkan calon XXX untuk diangkat sebagai xxx tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM; atau; (ii) bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX sebagai XXX untuk diangkat bagi perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM. | Dari segi tatabahasa ayat yang betul ialah "(i) Mesyuarat bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX untuk diangkat sebagai xxx dan tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM. | Tatabahasa | 27.03.2018 |
Sila jelaskan maksud 'Diangkat untuk makluman YBhg. Dato’ jua' dan adakah masih relevan untuk digunakan untuk penyediaan surat masa kini? | Saudara, Perkataan yang sesuai digunakan pada masa ini ialah "dikemukakan" untuk makluman YBhg. Dato'. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Longgokan kayu yang belum (diangkat @ diangkut) itu mengganggu kehidupan penduduk tempatan. Manakah kata kerja yang paling sesuai untuk konteks ayat di atas? Terima kasih atas bantuan tuan. | Kata kerja yang sesuai dalan ayat tersebut ialah "Longgokan kayu yang belum diangkut itu mengganggu kehidupan penduduk tempatan. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
Encik, Manakah ayat yang betul? Batu itu terangkat oleh saya walaupun berat. atau Batu itu saya terangkat walaupun berat. Batu itu diangkat oleh saya. atau Batu itu saya angkat. Terima kasih. | Sdr. Wee, jawapan yang betul ialah Batu itu terangkat oleh saya walaupun berat. Terima kasih | Tatabahasa | 23.02.2009 |
SYARIKAT KAMI MAHU MENGESAHKAN SIGN BOARD KAMI KEPADA PIHAK TUAN UNTUK KELULUSAN LESEN PERNIAGAAN. KAMI TELAH MENGHUBUNGI PIHAK TUAN TAPI TELEFON TIDAK DIANGKAT DAN NOMBOR TELEFON ADALAH SALAH. TOLONG REPLY EMAIL ATAU TUAN TELEFON NOMBOR NI 03-51919552. | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua keping visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter. | Lain-lain | 06.05.2019 |
peninju atau petinju? Konteks: sarikata | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju. Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju. | Makna | 31.10.2011 |
apa peranan bahasa melayu di dalam perniagaan | Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sistem persekolahan, kemudian diangkat sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial dan bahasa teknologi maklumat. Dalam sektor perniagaan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan (pemasaran, iklan, promosi,dll) kerana bergantung pada bidang yang diniagakan, pelanggannya terdiri daripada penduduk majoriti. | Lain-lain | 17.02.2008 |