| Perbezaan Dato' dan Datuk | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.01.2007 |
| PERBEZAAN PERKATAAN DATO' DAN DATUK | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.04.2009 |
| Assalamalaikum... Boleh ke pihak DBP menerangkan perbezaan antara Datuk dan Dato'? Begitu juga dengan penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'? terima kasih | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 21.10.2009 |
| Mengapa ejaan dato' perlu ditanda koma di atasnya? Setahu saya ejaan yang mempunyai koma di atas sudah dimansuhkan dalam bahasa Melayu melainkan untuk kata nama khas seperti nama orang dan tempat. Bukankah ejaan datuk lebih tepat dan mudah berbanding dato' ? | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu, manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Lain-lain | 16.01.2010 |
| Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk?.Untuk makluman tuan,sblum ini saya pernah berkhidmat di Pej Sultan Kelantan.Sememangnya kami amat mengutamaan Protokol dlm penggunaan perkataan/bahasa bg urusan surat menyurat dgn VVIP.Saya difahamkn,Darjah Kebesaran yg d'anugerahkan olh Sultan gelaranya adlah Dato' manakala anugerah dr Ketua Menteri spt Melaka & P/Pinang gelaranya adlah Datuk.Klu blh pihak tuan dpt membuat penyelarasan dengan pihak berkaitan dlm pengunaan gelaran/perkataan tersebut,memandangkan sumbangan/jasa perkhidmatan drpd penerima darjah adlah berbeza.Seseorang yg memberi sumbangan dgn sangup berkorban untuk negeri,rakyat dan negara perlu diangkat darjatnya berbanding dgn seseorg peniaga yg berjya dlm perniagaanya.Sekian,terima kasih | Untuk makluman saudara kami maklum bahawa Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang dan Sabah. Pihak kami amat mengambil berat penggunaan gelaran ini dalam semua urusan yang berkaitan dengan gelaran ini. Walau bagaimanapun pihak media menyelaraskan penggunaan kedua-dua gelaran ini kepada Datuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan/kesilapan dalam penggunaan gelaran tersebut bagi mengatasi keperluan kerja mereka yang mendesak dan segera. Penyelarasan penggunaan gelaran ini dalam kalangan media adalah di luar bidang kuasa DBP. | Karya | 10.12.2010 |