Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dianugerahi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali dianugerahi tokoh murid 2016. Ali dianugerahi Tokoh Murid 2016. Ali dianugerahi tokoh murid. Adakah betul? Ayat yang betul ialah Ali dianugerahi Tokoh Murid 2016.Tatabahasa19.11.2016
Perbesaan diantara kegunaan perkataan dianugerahkan dan dianugerahi

Dianugerahkan bermaksud diberikan sesuatu sbg anugerah; YB Dato' Mohamad bin Abdullah dianugerahkan Pingat Jasa Bakti oleh DYMM Sultan Pahang; manakala dianugerahi bermaksud diberi anugerah, Ahmad dianugerahi seorang anak lelaki baru-baruini.

Tatabahasa06.11.2008
adakah anggota polis itu dianugerahi pihak kerajaan pingat keberanian merupakan ayat yang betul? bukankah dianuderahi harus diikuti dengan perkataan pingat keberanian?Frasa yang betul ialah dianugerahi  pingat keberanian.Tatabahasa27.05.2013
Salam Sejahtera, Soalan yang meyebabkan kekeliruan adalah berbuyni seperti berikut : Soalan : Murid itu ____________________ sijil penghargaan oleh guru besar. Jawapan : A) dianugerahi B) dianugerahkan Sila rujuk kepada : Tata Bahasa Dewan muka surat 196, Edisi 1995/1996. di mana, jawapan yang sesuai adalah “dianugerahi” Tolong jelaskan , terima kasih

Yang betul ialah menghadiahkan. Untuk pengetahuan tuan/puan "menghadiahi" hendaklah diikuti dengan kata nama atau objek yang bernyawa. Contohnya, Ayah menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan yang terkini.

Tatabahasa07.11.2008
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasihJawapan yang betul ialah jawapan no.2.Tatabahasa28.07.2010
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasihJawapan yang betul ialah jawapan no.2.Tatabahasa28.07.2010
Adakah penggunaan perkataan 'dianugerahkan' pada ayat berikut ini betul? Pada 1990, Allahyarham pernah dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Allahyarham pernah dianugerahi Doktor Kehormat Pendidikan. Doktor Kehormat Pendidikan dianugerahkan kepada Allahyarham. Sila rujuk tatbahasa Dewan Edisi Baharu. Tatabahasa09.02.2008
kata hormat bagi yang bergelar dato' yang masih bertugas sebagi penjawat awamDato' ialah gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara). Oleh itu, gelaran tersebut boleh digunakan meskipun masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.Lain-lain30.10.2007
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya?

Saudara,

Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207.

    

Tatabahasa03.09.2009
Salam sejahtera, Soalan: Saya menghadiahi Ali sebuah basikal. Jika ditukarkan kepada ayat pasif, adakah berbunyi begini: Jawapan: Sebuah basikal saya hadiahi Ali. Atau salah. Jika salah, mengikut objek tepat dan objek sipi seperti yang pernah saya email kepada DBP: Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat.... ditukarkan pasif akan jadi: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda. Terima kasih.

Ayat pasif ialah Ali dihadiahi saya sebuah basikal atau ayat pasif songsang menjadi Saya hadiahi Ali sebuah basikal.

Tatabahasa30.07.2010
12

Kembali ke atas