Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diapit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul?Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang.Lain-lain14.01.2013
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa?

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

senarai hitam – disenaraihitamkan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75.

Tatabahasa04.03.2024
di manakah tempat yang paling sesuai digunakan petik tunggal?

Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik, contohnya "Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Lain-lain08.08.2010
Adakan perkataan pelajaran dan belajar merupakan perkataan berimbuhan? Terima kasih.Untuk makluman, belajar merupakan kata kerja dan tidak mempunyai imbuhan. Manakala, pelajaran pula kata nama yang diapit imbuhan PE-...-AN.Tatabahasa06.01.2016
Pengamal-pengamal media elektronik terutamanya televisyen (paling teruk stesen TV swasta) sekarang semakin berleluasa menggunakan apitan "di... kan" secara salah. Mereka kerap menjarakkan "di" daripada perkataan yang diapit oleh "kan" seperti di jalankan atau di agihkan. Minta DBP pantau dan tegur mereka.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, kami sentiasa membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu dalam media, dan DBP dan pihak media sendiri sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu penggunaan bahasa.Lain-lain04.08.2014
Tuan/Puan, bagaimana menggunakan tanda petikan dengan satu koma ' '? dia menamatkan 'ceramah' itu atau dia menamatkan "ceramah" ituTanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Motivasi Diri'."Ejaan22.03.2012
Katakan saya maknakan 'value co-creation' = ' nilai cipta-sama'. Apakah peranan '-' dalam english sama dgn BM. Apakah perlu '-' dalam penulisan.Dalam penulisan bahasa Melayu tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat ysang telah diapit tanda petik (" "). Untuk penggunaan tanda petik tunggal dalam bahasa Inggeris, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain22.02.2012
Apakah perbezaan sebutan suku kata dan kata ejaan suku kata ?Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan  pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan suku kata)
     
Lain-lain19.01.2022
Apakah perbezaan tanda baca ' dan "?Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").Tatabahasa06.10.2016
Apakah maksud kata kemenjadian? Saya lihat ada juga terakam dalam korpus DBP tetapi tiada dalam kamus.

Apitan ke-...-an yang diimbuhkan kepada sesuatu kata dasar akan membentuk kata nama terbitan berapitan. Kata dasar yang diapit dengan ke-...-an tidak akan mengalami sebarang perubahan pada huruf awal bagi kata dasar tersebut (contoh: ke+menjadi+an). Walau bagaimanapun, tiada contoh penggunaan kata KEMENJADIAN dalam data kami.

Tatabahasa12.11.2018
12345

Kembali ke atas