Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Saya diarah merujuk perkara di atas ….” --- Adakah ayat ini gramatis?Ayat “Saya diarah merujuk perkara di atas” betul. Walau bagaimanapun penggunaan yang baik dan lazim digunakan ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Pada pandangan kami ungkapan "saya diarah merujuk perkara di atas" atau "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut.Tatabahasa06.11.2012
Yang mana satu betul, "Saya diarah merujuk ..." atau "Saya telah diarahkan untuk merujuk ..."Jawapan yang betul ialah "Saya diarah merujuk..."Tatabahasa19.05.2011
Yang manakah cara memulakan ayat yang betul dalam surat rasmi kerajaan : Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berhubung perkara yang tersebut di atas.Penggunaan yang betul ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Ungkapan "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut.Tatabahasa20.06.2011
"Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas: penggunaan ayat diatas sebagai pembuka surat betul atau salah.. dan penggunaan ayat yang betul. cth terima kasih."Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada di atas" atau "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada di atas".Tatabahasa16.08.2016
Harap dapat betul kan ayat tersebut "Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas." Saya ingin dapatkan nasihat berkenaan dengan penggunaan tatabahasa, tanda dll. Terima kasih.

Ayat di atas sepatutnya, Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara di atas.

Tatabahasa12.07.2010
Dalam penulisan surat, ada yang menulis "Saya diarah merujuk perkara di atas ..." dan ada pula yang menulis "Saya telah diarahkan untuk merujuk perkara di atas ..." Soalan saya ialah yang mana satu betul?

Encik Yahya,

Jawapan yang betul ialah, "Saya diarah merujuk perkara di atas...... kerana kita jarang menggunakan perkataan telah dalam penggunaan ayat seperti ini. Telah lebih mirip dalam penulisan bahasa Inggeris - past tense.Terima kasih. 

Tatabahasa04.03.2010
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
Dalam surat rasmi, bagi ayat pembuka kata : i) Saya adalah dengan hormatnya di arah merujuk perkara di atas ii) Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. Ayat mana yang lebih tepat @ sesuai? Adakah ayat (i) boleh digunakan?"Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara  tersebut di atas..." betul manakala ayat (i) tidak sesuai untuk digunakanTatabahasa09.09.2015
"Saya dengan hormatnya diarah merujuk surat tuan GS/Klo/CO7 bertarikh 16 mei 2007 dan perbualan telefon diantara pn sumalee dari pihak tuan dan cik suzini pada 24 Jun 2008 mengenai perkara di atas." Apakah Kesalahan ejaan yang terdapat dalam pernyataan diatas?

Tiada kesalahan ejaan dalam tatabahasa tersebut tetapi kesalahan Tatabahasa. Ayat yang betul ialah 'Dengan hormatnya, surat tuan..........................bertarikh 16 Mei 2007 dan perbualan telefon antara Puan Sumale dengan Cik Suzili pada 24 Jun 2008 dirujuk.' Harap maklum.

Tatabahasa25.06.2008
Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa INTAN akan mengadakan Seminar "Enhancing Government Transformation Through Lean Management" pada 26 November 2013 dengan kerjasama MPC dan MAMPU yang telah disediakan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami telah dinasihatkan agar menggunakan istilah-istilah yang menarik dalam Bahasa Melayu dalam seminar tersebut bagi tajuk pembentangan dan nama-nama sesi. 3. Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik pihak puan untuk membantu mencadangkan pengisian-pengisian seminar dalam Bahasa Melayu berdasarkan tajuk asal dalam Bahasa Inggeris seperti dilampiran supaya dapat kami bentangkan semula kepada pihak pengurusan INTAN menggunakan seratus peratus Bahasa Melayu. Perhatian dan kerjasama pihak puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.Untuk makluman tuan, lampiran yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Walau bagaimanapun, pegawai kami ada memaklumkan telah menerima e-mel daripada pihak tuan. Kami akan memaklumkan kepada pihak tuan apabila melakukan perbincangan penggunaan bahasa Melayu yang betul seperti yang dikehendaki.

Kami mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama berusaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
Tatabahasa10.10.2013
12

Kembali ke atas