Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibahagi

Puisi
 

Labuan kedai Yahudi,
     Dari Beaufort di kedai Cina;
Kalau tuan berhati sudi,
     Bunga sekuntum dibahagi dua.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah penggunaan ayat yang tepat? 1. Pelajar dibahagi kepada... 2. Pelajar dibahagikan kepada... Tolong terangkan mengapakah penggunaan ayat tersebut lebih sesuai digunakan.

Kedua-dua betul jika sesuai dengan konteks ayat.

 

Rumusnya: Awalan di-  biasanya digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif yang ayat subjeknya terdiri daripada pelaku  orang ketiga (Tatabahasa Dewan:hlm 175). Ayat yang diberikan tiada pelakunya.

 

Oleh itu, ayat tersebut betul jika:

 

1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.(dipecahkan, dikelompokkan) oleh ...

        

2. Pelajar dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. (diberikan, diserahkan) oleh...

 

   Dibahagi biasanya digunakan dalam Matematik misalnya empat dibahagi dua..(rujuk makna membahagi dlm Kamus Dewan Edisi ke-4).

Tatabahasa07.03.2016
Selamat sejahtera. Terang tentang digraf dan diftong secara terperinici. Adakah diftong dibahagi dua iaitu, diftong dan bukan diftong? Bagaimana mengenali bukan diftong? Adakah "oi" termasuk dalam diftong?
Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwi­lambang atau huruf rangkap. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.02.2013
Salam sejahtera, Soalan saya ialah kaedah untuk mengeja neomodenisme. Adakah neo-modenisme atau neomodenisme? Begitu juga dengan kata pinjaman yang lain-lain yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Sekian.Salam sejahtera, 

1. Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan:

i. Istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kelas, kelab: tidak diubah. 

ii. Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti ad hoc dan ad interim: pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

ii. Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaipkan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlibat. Ini memudahkan pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Contohnya ae jika bervariasi dengan e = e seperti:

aesthetic = estetik
haemoglobin = hemoglobin
haematite = hematit

2. Ejaan yang betul ialah neomodisme (dieja rapat). Neo- ialah awalan asing dan sekiranya awalan ini bergabung dengan kata nama khas (sekiranya ada), perlulah diletakkan tanda sempang, misalnya pro-Malaysia dan pan-Asia.

Terima kasih.
Ejaan17.01.2025
Kalau mengikut pedoman ejaan, bagaimana "Khusrau" patut dieja secara baku? Khosrow, Khosroe, Khosrau, Chosroes, Husrau, atau Kisra (daripada bahasa Arab)? Atau ada ejaan lain yang DBP tahu?Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1972-1992):

Penyesuaian Ejaan
Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa, seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar:

Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, kelab; tidak diubah.

Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.

Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Ini memudahkan pengenalan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber.

Ejaan kata nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung.

Jadi, kata "Khosrow" iaitu kata nama khas sepatutnya dikekalkan seperti ejaan  bahasa sumbernya, walaupun sudah ada penggunaan ejaan dalam penerbitan berbahasa Melayu yang menggunakan ejaan "Khosrou" dan "Khusrau".
Ejaan17.07.2024
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
Bolehkah menggunakan perkataan berjantina lelaki. Contoh.. Guru itu berjantina lelaki. Apa perbezaan terperinci dan perinci

(1)  Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar jantina ialah jenis kelamin (sama ada lelaki atau perempuan. Ayat yang betul ialah Guru itu lelaki. (2) Makna kata terperinci telah diperincikan, iaitu telah dihuraikan sepenuh-penuhnya manakala (3) perinci pula memperincikan, iaitu menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dapat dibahagi-bahagikan atau diberikan butiran.

Tatabahasa14.04.2014

Kembali ke atas