1. apakah perkataan yang betul? diperbaharui atau dibaharui atau dibaharu 2. apakah beza penggunaan perkataan diperbaharui atau dibaharui atau dibaharu | Yang betul atau baku dari segi tatabahasa ialah dibaharui, iaitu bentuk pasif daripada membaharui. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202 hingga 212. | Tatabahasa | 30.04.2025 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'may be renewed'? Adakah ianya 'dibaharui' atau 'diperbaharui'? | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "may be renewed" ialah "boleh dibaharui". | Lain-lain | 15.10.2021 |
Apakah padanan kata yang sesuai bagi istilah "renewable/non-renewable energy" dalam bidang sains sekolah rendah? | Istilah yang dicadangkan ialah: renewable energy = teknologi boleh diperbaharu/dibaharui, non-renewable enerby = teknologi tidak boleh diperbaharu/dibaharui. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2015 |
landfill gas power renewable | gas kabus tanah tenaga boleh dibaharui | Istilah | 29.11.2011 |
Salam, Apakah istilah yang betul bagi 'renewable energy? Adakah sumber tenaga yang boleh diperbaharu/ dibaharui/diperbaharui? Terima kasih. | Menurut istilah bidang ekonomi dan geografi, "renewable energy" bermaksud " Tenaga Boleh Baharu" | Istilah | 10.10.2014 |
Istilah sesuai bagi "refurbished". Contoh iPhone Refurbished, komputer refurbished. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi refurbished ialah dibaharui. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 07.05.2025 |
Perkataan yang betul ialah "diperbaharu" atau "diperbaharui". Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini- 360C. (7) The licence to operate a water-vending machine shall be valid for a period of two years from the date of issuance and may be renewed by the Director upon application made by the licensee together with the renewal fee of one hundred and fifty ringgit. (7) Lesen untuk mengendalikan mesin jual air adalah sah bagi tempoh dua tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh diperbaharui melalui permohonan kepada Pengarah oleh pemegang lesen bersama dengan fi untuk pembaharuan lesen sebanyak satu ratus lima puluh ringgit. | Perkataan yang betul ialah diperbaharu atau dibaharui. | Ejaan | 18.07.2021 |