mana ayat yang betul..diperbaiki atau dibaiki? | Yang betul ialah "dibaiki" atau "diperbaik". | Tatabahasa | 02.04.2009 |
Salam sejahtera, Adakah "Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah"? "Red Flag" bermaksud tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian(atau perlu dibaiki). Sila berikan pendapat dan cadangan anda. Terima kasih DBP. | Ya,"Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah". Kami bersetuju dengan maksudnya iaitu tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian atau dibaiki. Sebagai contohnya dalam bidang Meteorologi/Hidrometeorologi menggunakan bendera merah sebagai tanda amaran kedatangan taufan/hurikan. Begitu juga dalam bidang sukan bendera merah digunakan sebagai tanda amaran tertentu kepada pemain. | Istilah | 22.11.2018 |
Saya mahukan janji temu untuk kereta saya dibaiki. Ayat ini betul ke? | Ayat yang lebih sesuai ialah "Saya mahu membuat janji temu untuk membaiki kereta saya." | Tatabahasa | 05.11.2023 |
betul tak " untuk perubatan bukan untuk disalahgunakan" | Frasa tersebut dibaiki menjadi "untuk tujuan perubatan bukan untuk disalahgunakan". | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. Apakah pola ayat untuk ayat ini? | Ayat tersebut perlu dibaiki seperti yang berikut untuk memudahkan mengenal pasti pola ayat. Tengkolok (merujuk 'Itu') ialah sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. Polanya: FN+FN Tengkolok (KN) Sejenis pakaian (KN) Pada zaman kerajaan Melaka (keterangan masa) | Tatabahasa | 05.01.2021 |
Peparit yang menghasilkan permukaan jalan berlubang, rekahan atau mendap dengan kedalaman melebihi 25 mm berbanding dengan paras pavemen sedia ada dibaiki atau ditambah dengan bahan turapan. Top-up or reinstate backfilled trench when trench develops potholes, crack or settle 25 mm below adjacent pavement level. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Adakah susunan ayat ini tepat? Sebagai sebuah negara kesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik. | Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi : Sebagai sebuah negara berkesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik. | Lain-lain | 16.05.2016 |
Manusia mesti sayang air kerana tidak air semua orang akan mati. Ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat dan berbunyi janggal. Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi "Manusia harus menghargai air kerana tanpa air manusia akan mati. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membeli. 2. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membelinya. | Kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi "seorang lelaki memilih sotong untuk dibeli". | Tatabahasa | 12.06.2014 |