| Ayat manakah yang lebih tepat: Rumah itu dibakar habis atau rumah itu habis dibakar? Terima kasih atas bantuan anda. | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada kesalahan. | Tatabahasa | 09.06.2016 |
| Yg manakah lebih tepat untuk sate, "dibakar" atau "disalai"? | Frasa yang betul ialah sate dibakar. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
| Soalan: Rumah itu dibakar habis oleh api. Betulkah penggunaan 'oleh' dlm ayat di atas? 'Oleh' perlu diikuti dengan pelaku yg bernyawa atau mana-mana benda fizikal pun boleh? | Penggunaan oleh dalam ayat contoh tersebut betul kerana kata sendi nama oleh juga menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan, Contoh lain: Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
| Assalamualaikum. Adakah ayat ini betul ? 1. Sampah sarap itu dibakar oleh mereka. 2. Bahasa yang digunakan dalam cerpen itu sungguh padat. | Ayat pertama betul. Ayat kedua salah kerana penggunaan perkataan "padat" tidak sesuai untuk merujuk "bahasa padat". | Tatabahasa | 10.07.2014 |
| Saya keliru terlalu banyak pendapat. Soalan saya, "Ikan ini perlu diperap selama satu setengah jam sebelum dibakar." Penggunaan SATU SETENGAH JAM atau SATU JAM SETENGAH yang betul kerana terlalu banyak pendapat. Pendapat daripada guru-guru cemerlang bahasa melayu juga masih bercanggah yang mana tepat. Boleh saya tahu jawapan yang tepat yang mana satu. | Penggunaan yang betul ialah: Penulisan angka - 1 ½ jam Penulisan frasa - satu jam setengah Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu: Penulisan angka - RM1.50 Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen | Tatabahasa | 20.05.2025 |
| SAlam, where can I find the English translation of `tak dapat tanduk telinga dipial' and its meaning and `marahkan Nyamok kelambu dibakar, meaning too. JKK, syukran, wassalam | Anda boleh merujuk kedua-dua makna peribahasa ini dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 29.08.2014 |
| Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
| selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih . | 1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
| Hi, would like to get your advice for the below translation. (Baked products are bread, cakes, cookies) All freshly baked products are best to consume within 36 hours from time of purchase, except items with expiry date. Semua produk yang baru dibakar adalah baik untuk dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. Thank you very much. | Semua produk yang baru dibakar boleh dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2015 |
| Tuan/Puan, Berkenaan Penjodoh Bilangan Saya telah menemui penggunaan penjodoh bilangan seperti berikut: 1)berhelai-helai baju bergantungan di dalam biliknya. 2)Sehelai demi sehelai kertas dibakar. 3)Helai-helai suratkhabar berkecamuk. Saya tidak pasti contoh-contoh tersebut dianggap mematuhi tatabahasah. Bolehkah penjodoh bilangan mengalami proses penggandaan seperti contoh-contoh tersebut? Terima kasih. | Ayat satu dan dua adalah betul kerana perkataan helai boleh menjadi penjodoh bilangan dan boleh juga membawa maksudnya sendiri. Ayat ketiga kurang tepat penggunaannya. | Tatabahasa | 28.06.2011 |